Monday 16 June 2014

awesome and pretty wife

lucky i'm in love with my best friend. aku overly attached to husband. sejak zaman bercinta lagi seolah tak pernah berpisah. physically adalah jauh, tapi macam sentiasa dekat. non stop sms-ing then zaman bbm and now whatsapp.. sentiasa update each other apa yg sedang buat. waktu masing-masing sibuk kerja pun still at least ada 1-2 message within 1-2 jam.


i'm blessed to be loved by the man i love. 



baru-baru ni bila aku period aku cakap lagi kat DH.. "abg...sorry..i period lagi" dan macam biasa air mata bergenang. sejujurnya, aku memang rasa bersalah sangat setiap kali period. setiap kali period i keep saying i'm sorry to him. aku boleh terima keadaan diri aku yang masih belum preggy, tapi sangat tak sampai hati untuk tengok DH kecewa. walaupun DH selalu cool je. ayat dia "sabarlah sayang..takde rezeki lagi. nanti kite try lagi ye". 
sampai bila DH sanggup tunggu aku? banyak kali jugak aku tanya, sanggup ke dia tunggu aku kalau aku tak dapat bagi dia baby? dia nak kahwin lain ke? so far setakat ni jawapan dia masih meyakinkan aku yang dia akan tunggu aku sampai bila-bila..tapi....hmmmm...paranoid me. 

masa zaman aku sambung belajar dulu aku ada rapat dengan sorang kakak ni. masa tu dia dah 5 tahun kahwin. husband kerja bagus, muka boleh tahan handsome and bawak merc. tapi diorang takda rezeki anak lagi. akak tu memang selalu nasihat aku macam-macam, and antara nasihat dia yang sangat melekat dalam hati fikiran aku - 


"sebagai isteri, kita kena layan suami ibarat raja. pikat dia sungguh-sungguh. jaga makan minum, pakai, hati perasaan dia. bukan hanya sebagai isteri, tapi kawan paling baik untuk suami. satu hari nanti, ditakdirkan suami terfikir untuk cari yang lain, suami sendiri akan sedar..tak mungkin ada perempuan lain yang dapat ganti tempat kita. isteri yang terbaik, terhebat, most amazing wife yang dia dah ada. dan kalau dia pergi juga kepada perempuan lain, kita takde rasa menyesal sebab kita tau kita dah berikan yang terbaik. bukan salah kita, tapi kebodohan si lelaki"


nasihat ni memang sangat melekat dalam kepala aku sebab aku dapat nampak betapa komited nye akak ni terhadap laki dia. masa kitorang ada kursus kat luar negeri, husband akak ni terjatuh. akak ni terus kelam kabut balik kl. masa kitorang ke jakarta & bandung sama-sama, aku perasan yang husband dia tak berhenti contact akak ni. akak ni pulak setiap kali pergi outlet, pergi mall, semua benda pun nak beli untuk laki dia. waktu tu aku muda belia lagi and belum kahwin, tak faham lagi marriage life ni..siap dalam hati aku, 'eee, manjanya lah laki bini ni hahaha'. maksud sebenar nasihat akak tu pun aku tak faham sangat. sekarang ni, bila dah kahwin, berada dalam situasi akak tu yang mana kitorang sama-sama lambat dapat anak, ada husband yang berpotensi untuk cari lain..aku sangat-sangat faham apa maksud tersurat dan tersirat akak tu. 

moral is - try to be the almost perfect lady to the husband. and he will not even blink his eyes to another women. 


panjang mukadimah aku. padahal niat nak tulis blog tadi untuk cerita benda lain. hihi. aku ni, bila DH outstation lama giler, macam-macam lah aku plan nak buat bila dia balik nanti. aku nak perfect serba serbi. nak DH jatuh cinta lagi dengan aku over and over again. berazam tak nak lawan cakap dia, rajin gosokkan baju dia, sedia breakfast hari-hari, tak nak mengada-ngada sangat, blablablabla. tapi biasanya awal-awal je aku rajin, lepas tu kembali ke asal. hahaha. so baiklah aku catat kat jurnal (read: blog) aku ni so that aku akan lebih komited dengan janji pada diri sendiri.




1- cantik, kurus, ramping.

belum lagi beranak, badan aku dah naik gebu betul sekarang ni. sentap aku bila tengok badan dah macam mak orang, tapi hakikatnya tak pernah lagi lekat. so, mission sekarang adalah untuk:
  • dapatkan kembali badan masa zaman anak dara. kurangkan makanan bergoreng dan manis, watch out calorie intake, banyakkan minum plain water. bulan puasa nanti ambil kesempatan untuk kurangkan berat badan. no ramadan buffet at all. sepanjang ramadan kalau boleh hanya berbuka with home cook atau ke surau je untuk berbuka. aku memang suka sangat berbuka puasa di masjid/surau. ada satu perasaan tenang, seronok, dan langsung takda nafsu membuak-buak untuk makan banyak bila berbuka kat surau. 
  • reduce weight slow and steady. takmo turun mendadak, nanti kang raya naik mendadak pulak.
  • jaga muka biar berseri selalu. jangan miss cleanse - toner - moiturizer steps, twice a day. every alternate day kena scrub and pakai face mask. 
  • sekarang aku rajin buat homemade scrub and mask. main ingredient aku oat. just mix with milk / honey / yogurt. tepek kat muka and dapat terus rasa kesannya. muka nampak glowing, lembut and bersih.
  • pakai body lotion everyday after mandi. yang part ni memang aku agak malas. seminggu sekali je agaknya aku berlotion. tapi berangan nak kulit lembut macam baby. haih.
  • body scrub twice a week. fokus scrub kat under arm and celah peha. 
  • apply vaseline to lip everyday sebelum tidur. scrub lips every altenate day.
  • NEVER EVER missed makan supplement. setakat ni aku cuma ambil shaklee vita-lea dan pati delima gulsan je tu pun selalu terlupa. nanti suruh DH belikan vitamin C pulak untuk kulit kekal remaja. and maybe nak try apple cider vinegar.


2- perangai yang manis dan memikat.
  • jangan malas gosok baju. hahaha. aku suka lipat baju, but not ironing. aku sendiri kalau carik baju seboleh-boleh carik baju yang tak perlu bergosok. tapi DH lak hari-hari kerja kena pakai kemeja. aku suka mengelat, and akhirnya DH kena gosok sendiri. lepas ni kena tunjuk sikit diri dah berubah..sebelum DH keluarkan baju kerja, aku dah kena mintak sendiri.."abg! nak pakai baju apa esok? i nak gosok ni". hihihii..
  • vacuum rumah at least 2 hari sekali. sebelum DH balik outstation, make sure everything berkilat. mop lantai, lap tingkap, tukar cadar baru. lap tv, lap segala barang hiasan DH, susun buku kemas-kemas. gantung cantik-cantik baju dalam wardrobe, color code everything. tapi actually, rumah aku dah cukup kemas pun sebab aku adalah neat freak 
  • so, kena kurangkan membebel setiap kali DH buat sepah. instead of suruh dia mop rumah, biar aku je mop. and biasanya bila nampak aku dah pakai apron and pegang mop, DH automatic akan sengih-sengih dan ambil mop tu dari tangan aku. hihi. 
  • impress him with my cooking skills. kena rajin-rajinkan diri cuba resepi baru, especially malay traditional food. bulan puasa nanti sesekali rajin-rajin kan diri cuba buat kuih melayu. 
  • eventhough aku bukanlah menantu yang baik and selalu malas nak balik rumah in law..aku kena berubah part ni untuk menjamin kerukunan rumah tangga yang berkekalan. sesekali offer DH, untuk balik rumah mak dia pulak. 
  • layan je la bila remote control sentiasa kat DH. lagi-lagi bila musim worldcup ni. jangan bergaduh berebut channel dengan laki. 
  • jangan lawan cakap DH. berpakaian menurut syariat agama. dari dulu DH suruh aku labuhkan shawl yang aku pakai, jangan pakai baju ikut bentuk badan..selalunya kejap je aku ikut, lepas tu mulalah aku belit balik tudung ni jadi pendek. hish syaiton byk betul. part ni memang dah banyak kali DH tegur tapi aku tak konsisten. kena lebih serius lepas ni. 
  • terima segalanya dengan redha. jangan meminta-minta dengan suami. yang ni rasanya aku dah banyak berubah. dari seorang yang sangat demand macam-macam kat DH, sekarang ni aku tak meminta-minta sangat da. padahal tak dinafikan masa muda remaja dulu aku materialistik (sampai sekarang gak kot haha) tapi jangan sampai membebankan suami. jangan membanding-bandingkan harta suami dengan orang lain. JANGAN! ingat yang lelaki tak suka dibanding-bandingkan. 
  • rajin-rajinkan diri untuk mengurut DH sebab beliau sangat suka diurut. 


ok dah la tu. makin panjang list kang aku yang frust kalau makin banyak tak berjaya dibuat. ini serious. aku kena berubah jadi lebih baik ke tahap perfect wife untuk DH. semoga belum ada anak bukan menjadi alasan DH berubah hati sebab dia dah ada seorang isteri yang cukup sempurna untuk dia.

amin. 



Tuesday 10 June 2014

random #1

1. niat aku masa create blog ni untuk cerita pasal TTC je. tapi sekarang aku selit-selit gak la personal story. lagi-lagi bila masa sekarang yang mana aku tengah takda deria untuk serious TTC. period aku bulan ni cantik sangat. ngam-ngam cd28 aku period. amboii..bila DH takde cantik je hormon aku, kan. macam zaman anak dara. the best part is, langsung takda senggugut untuk period kali ni.

adakah period cantik sebab:

a- DH takde, so takda apa-apa kebarangkalian untuk persenyawaan, so darah period lancar je?
b- DH takde, so aku tak stress untuk fikir TTC. yes, aku tau masa TTC tak boleh stress. tapi bila aku TTC je aku slalu stress. hehe.
c- aku makan ubat kurus (ayur slim, himalaya). ada kaitan ke? tapi aku still gemok cam biasa gak ni.
d- aku langsung tak makan acid folic da. haha. ye, aku tau teori ni tak boleh diterima pakai. saja je letak.



2. tak lama lagi aku dah kena kerja. setelah berbulan-bulan menganggur. DH ketawakan aku, katanya tak dapatlah aku 'membuta' je lagi. huhu. mementang lah aku selalu sangat sambung tidur lepas subuh. aku seronok je menganggur, takde stress, takde pening kepala fikirkan research, writing dan semua yang menyesakkan kepala. but at the same time, aku tak sabar nak keje sebab nak duit. aku perlu kerja sebab:


  • aku nak continue treatment. mungkin iui, mungkin ivf. yang pasti aku nak continue dengan dr adilah. so terpaksa standby banyak duit di situ. dalam hal treatment, sebolehnya aku taknak terlalu susahkan DH. entahlah. mungkin sebab aku rasa loser belum mampu bagi zuriat untuk DH, aku sebolehnya tak nak bebankan DH dalam soal kewangan. cukuplah dia melayan emosi aku setiap kali teringinkan zuriat sendiri. 


  • kami dah plan nak beli rumah. target before 30 dah ada rumah sendiri yang cukup selesa. dah nama nak selesa, kenalah combine nama. aku teringin corner lot / semi d yang ada tanah luas. DH ikut je apa aku nak. tapi baru ni dia kuarkan statement 'kalau rumah besar pun tinggal berdua sunyi la kan'. sentap aku. sekarang dok rumah kecil pun aku selalu rasa sunyi bila kena tinggal. apatah lagi nanti kalau tinggal rumah yang luas sikit. ya Allah, perkenankanlah doa kami suami isteri.


3. aku seriously risau, nervous, dan ada terselit rasa takut nak masuk kerja. pengalaman kerja aku ciput sangat. lepas degree pernah kerja 3 bulan je di private sector. then jadi research assistant for another 3 months. lepas tu aku terus sambung phd for 4 years. now phd dah complete, aku pun dah report duty semalam. tunggu antara 1-2 bulan, pastu kena kerja lah. ketua jabatan nak mintak aku diserap cepat (errrkkk), tapi penjawatan kata normal process can take up to 2 months. tak kisah la masuk kerja bila, lambat ke cepat ke masing-masing ada pro and cons.

tapi aku risaaaaaaauuuuuu. boleh ke aku menjadi pensyarah yang baik? lecturing ni memang passion aku. aku sangat-sangat enjoy mengajar, kongsi ilmu dengan orang lain. pekerjaan yang mulia bila hati kita ikhlas. tapi suara aku ni halus, tak berapa nak garang dengan orang luar (student), pulak tu badan dah serupa macam student je, even muka pun kadang tu orang cakap macam student gak. umur aku baru 28, kalau student tau yang beza umur kitorang tak banyak mana, pun....errrr....huishhh risau aku. DH pesan, buat macam orang dah kawin. jangan 'gedik-gedik'. cheh. sabar je lah. 



4. bila kenang-kenang balik, aku tak percaya aku dah complete phd. perjalanan phd memang sangat susah. penuh drama. penuh air mata. tak terkira dah berapa kali aku fikir nak quit during phd. awalnya, journey aku very smooth. cabaran yang datang dapat dilalui dengan seronok. supervisor aku baik giler. very supportive. selalu hantar aku pergi conference sana sini. few continents (US, europe, aussie) aku dah jejak untuk present in conference. but in the middle of the journey, ketua projek yg juga co-supervisor aku suruh tambah parameter. aku kena buat lab work yang susah gile. yang aku tak pernah tau, yang jauh gila menyimpang dari first degree aku. yang pioneer kat department. time tu lah aku down gile. kena attend course yang aku tak faham apa benda, queue untuk guna instrument, sample rosak, labwork tak menjadi, sample habis, and the problems keep going on. down gile. sepanjang aku siapkan parameter yang satu tu (dalam tempoh setahun ++) memang keluar rumah lepas subuh and sampai rumah pun dah isyak. weekend pun masuk lab. time data collection lagi la memang hampir dua tahun tu aku tak cuti time weekend (tapi aku ponteng time weekdays laa hihihihi). phewww, bila teringat balik jerit perih masa nak siapkan semua objektif kajian ni, memang macam unbelievable semuanya dah selesai sekarang.

alhamdulillah, penulisan tesis takde masalah sangat kat aku. sebab result yang aku dapat boleh katakan semuanya cantik. membantu untuk part discussion. dan berjaya terbitkan few papers at high impact journal. aku dah start menulis since first semester, so total time untuk writing tu dapat dipendekkan. tapi menunggu viva pulak lebih kurang 5 bulan. hantar tesis bulan september, aku viva bulan februari. sebabnya susah nak kumpulkan semua examiners and supervisors and pengerusi. haihla dugaan.

 tapi setiap kesukaran ada kemanisan. 

viva yang aku lalui tidak terlalu sukar. aku memang berdebar giler masa nak present viva, tapi aku enjoy. aku seronok defence benda yang dah 4 tahun aku bertungkus lumus siapkan. aku bersungguh-sungguh jawab semua soalan examiners dengan yakin. sampaikan one of my supervisor cakap 'am, u very enjoy the viva session ye. u punya viva is very smooth'.  keseluruhan tempoh masa viva aku hanya 1.5 jam, bermula dari presentation - soal jawab - keputusan. dan masa diumumkan yang 'tahniah, we congratulate you with doctorate, subject to minor correction', phewwww...hampir menangis aku waktu tu. alhamdulillah. berkat doa mak ayah. doa suami. doa diri sendiri yang tak pernah putus. 

aku submit hardbound yang berjilid-jilid salinan tu kurang sebulan lepas tarikh viva. but then menunggu senate letter pun dah dua bulan lebih. entah apa nasib aku, bila time aku je every student kena undergo 2 meeting untuk dapatkan senate letter. takpela, ada hikmah semuamya. now dah dapat senate aku pulak mula loqlaq nak start kerja. hihii. 



5. supervisor aku (during phd) suruh siapkan paper and buku. paper yang aku hantar ke Q1 jurnal dah kena reject few weeks ago. geram aku. publisher review paper tu for almost 4 months, last-last reject. but deep in my heart, aku tau paper tu tak layak untuk Q1. aku agree dengan sume yang reviewer comment. paper aku tu lack of validation sebab aku memang tak cukup sample untuk run validation. now, prof suruh submit to another Q1 jurnal. aku tak buat pun, sebab takde hati. malasnye nak buat benda yang aku yakin akan di reject. maybe kalau hantar ke Q3 jurnal baru lepas kot.

projek kena tulis buku pun aku stop. mood menulis ke laut. draf buku tu dah lama aku buat, tapi prof baru-baru ni je check sebab orang DBP nak datang nanti. aku pulak bila dah lama stop menulis, dah takde deria dah. idea hilang. lagi-lagi bila dah 8 bulan menganggur ni. 

bile tengok sendiri kemalasan aku sekarang, macam mana aku nak jadi lecturer cemerlang? mood menulis takde langsung. aku aim untuk jadi prof madya dalam tempoh 4 tahun (inshaallah), tapi kalau dah perangai menulis malas macam ni dah macam mana? team mate aku yang buat phd jugak (chinese guy), by the time dia siap phd ada 20 papers dah publish. gila tak gila. even most of the jurnal yang dia publish is Q3, still sangat membuatkan aku jeles. 20 paper oiiii! boleh jadi prof madya terus. aku baru publish 6 paper pun dah sengih je dan terus malas nak buat apa-apa paper dah. haih. 



5. aku kurang berminat untuk beraya tahun ni. tapi ramadan memang ku tunggu-tunggu. tak sabar nak concentrate ibadah time puasa. aku sedar diri aku ni selalu culas buat perkara wajib apatah lagi sunat. so bila bulan puasa aku keep remind diri aku syaitan semua kena ikat, so kalau aku malas solat, lewat solat semua tu disebabkan diri aku yang zalim. takde sapa goda aku untuk buat benda jahat. aku nak khatamkan quran, nak pergi terawih hari-hari, nak lupakan sebentar semua hal duniawi....

tapi nak raya tahun ni macam takde deria. kalau boleh malas nak balik raya. tahun ni turn beraya belah DH, lagilah takde perasaan. sebab utama, aku taknak jumpa sedara mara, and mereka mulalah mengambil berat kenapa aku tak preggy lagi after 3 years. merancang ke? like wth aku merancang, kan? umur bukan makin muda. tak teringin nak anak ke? arghhhh..semua tu soalan yang aku tau akan muncul nanti. tak sukaaaaaaaaa! tak boleh ke soalan gini tanya kat si suami je. kenapa semua nak tala ke isteri?

Thursday 5 June 2014

Bestnye kalau ada anak

Dah pukul 1 pagi. Still tak boleh tidur. Bila laki takde memang mata ni susah sangat nak lelap. Dah dua minggu DH outstation. Lagi 20 hari baru die balik. Parah betul.

Dari tadi asyik cakap kat diri sendiri. "Kan best kalau ada anak". Sigh. Selalu aku dengar orang yang ada anak kecik mengeluh, betapa penat ada anak malam-malam tidur tak lena. Benci aku. Untuk orang yang susah mengandung macam aku ni memang pantang dengar orang mengeluh pasal anak. Yes, aku tahu ada anak memang cabaran besar, tapi kalau  nak merungut jangan lah depan orang yang takde anak dan teringin sangat nak anak ni.

Tadi tiba-tiba abah cakap. Die mimpi aku pregnant 2 bulan. Aku senyum tawar je la. Kalau ikut hati aku dah nangis dah. Tapi air muka kena jaga haha. Sempat lagi nak jaga ego kan. Mak aku cakap ayah aku dah teringin sangat nak bercucu. Yela, untuk umur abah memang da patut ada 2-3 orang cucu. Tapi nak buat camne, anak sulung die ni payah betul nak lekat. Sedih la. Bila fikir mak ayah, fikir pasal laki aku, sedihnya yang amat. Rasa loser sebab tak dapat bagi apa yang dorang inginkan.

Selalu aku bandingkan diri aku dengan sapa, tau? Dengan siti nurhaliza. Ewaaahhhhh hahaha. Kemain dengan siti terus. Yela, dia punya segalanya. Cun, terkenal, kaya raya. Tapi rezeki anak masih tak berpihak pada dia. Kalau nak kata dari segi kemampuan untuk treatment dah lebih dari mampu. Aku percaya dia dah usaha macam-macam untuk dapatkan anak. Tapi takde rezeki. Lisa surihani pun ada everything. Very the charming. Juga rezeki belum ada. Weeeeeee lega sikit kejap kat situ. Jahat ke aku rasa lega benda camni? Aku cuma rasa aku selorong dengan mereka. They have everything but child. Aku ni lagi la duit pun cukup makan, yang lain2 semua pun cukup-cukup. Syukurla dengan rezeki yang ada sekarang.


Hurrmmm.