Monday 16 June 2014

awesome and pretty wife

lucky i'm in love with my best friend. aku overly attached to husband. sejak zaman bercinta lagi seolah tak pernah berpisah. physically adalah jauh, tapi macam sentiasa dekat. non stop sms-ing then zaman bbm and now whatsapp.. sentiasa update each other apa yg sedang buat. waktu masing-masing sibuk kerja pun still at least ada 1-2 message within 1-2 jam.


i'm blessed to be loved by the man i love. 



baru-baru ni bila aku period aku cakap lagi kat DH.. "abg...sorry..i period lagi" dan macam biasa air mata bergenang. sejujurnya, aku memang rasa bersalah sangat setiap kali period. setiap kali period i keep saying i'm sorry to him. aku boleh terima keadaan diri aku yang masih belum preggy, tapi sangat tak sampai hati untuk tengok DH kecewa. walaupun DH selalu cool je. ayat dia "sabarlah sayang..takde rezeki lagi. nanti kite try lagi ye". 
sampai bila DH sanggup tunggu aku? banyak kali jugak aku tanya, sanggup ke dia tunggu aku kalau aku tak dapat bagi dia baby? dia nak kahwin lain ke? so far setakat ni jawapan dia masih meyakinkan aku yang dia akan tunggu aku sampai bila-bila..tapi....hmmmm...paranoid me. 

masa zaman aku sambung belajar dulu aku ada rapat dengan sorang kakak ni. masa tu dia dah 5 tahun kahwin. husband kerja bagus, muka boleh tahan handsome and bawak merc. tapi diorang takda rezeki anak lagi. akak tu memang selalu nasihat aku macam-macam, and antara nasihat dia yang sangat melekat dalam hati fikiran aku - 


"sebagai isteri, kita kena layan suami ibarat raja. pikat dia sungguh-sungguh. jaga makan minum, pakai, hati perasaan dia. bukan hanya sebagai isteri, tapi kawan paling baik untuk suami. satu hari nanti, ditakdirkan suami terfikir untuk cari yang lain, suami sendiri akan sedar..tak mungkin ada perempuan lain yang dapat ganti tempat kita. isteri yang terbaik, terhebat, most amazing wife yang dia dah ada. dan kalau dia pergi juga kepada perempuan lain, kita takde rasa menyesal sebab kita tau kita dah berikan yang terbaik. bukan salah kita, tapi kebodohan si lelaki"


nasihat ni memang sangat melekat dalam kepala aku sebab aku dapat nampak betapa komited nye akak ni terhadap laki dia. masa kitorang ada kursus kat luar negeri, husband akak ni terjatuh. akak ni terus kelam kabut balik kl. masa kitorang ke jakarta & bandung sama-sama, aku perasan yang husband dia tak berhenti contact akak ni. akak ni pulak setiap kali pergi outlet, pergi mall, semua benda pun nak beli untuk laki dia. waktu tu aku muda belia lagi and belum kahwin, tak faham lagi marriage life ni..siap dalam hati aku, 'eee, manjanya lah laki bini ni hahaha'. maksud sebenar nasihat akak tu pun aku tak faham sangat. sekarang ni, bila dah kahwin, berada dalam situasi akak tu yang mana kitorang sama-sama lambat dapat anak, ada husband yang berpotensi untuk cari lain..aku sangat-sangat faham apa maksud tersurat dan tersirat akak tu. 

moral is - try to be the almost perfect lady to the husband. and he will not even blink his eyes to another women. 


panjang mukadimah aku. padahal niat nak tulis blog tadi untuk cerita benda lain. hihi. aku ni, bila DH outstation lama giler, macam-macam lah aku plan nak buat bila dia balik nanti. aku nak perfect serba serbi. nak DH jatuh cinta lagi dengan aku over and over again. berazam tak nak lawan cakap dia, rajin gosokkan baju dia, sedia breakfast hari-hari, tak nak mengada-ngada sangat, blablablabla. tapi biasanya awal-awal je aku rajin, lepas tu kembali ke asal. hahaha. so baiklah aku catat kat jurnal (read: blog) aku ni so that aku akan lebih komited dengan janji pada diri sendiri.




1- cantik, kurus, ramping.

belum lagi beranak, badan aku dah naik gebu betul sekarang ni. sentap aku bila tengok badan dah macam mak orang, tapi hakikatnya tak pernah lagi lekat. so, mission sekarang adalah untuk:
  • dapatkan kembali badan masa zaman anak dara. kurangkan makanan bergoreng dan manis, watch out calorie intake, banyakkan minum plain water. bulan puasa nanti ambil kesempatan untuk kurangkan berat badan. no ramadan buffet at all. sepanjang ramadan kalau boleh hanya berbuka with home cook atau ke surau je untuk berbuka. aku memang suka sangat berbuka puasa di masjid/surau. ada satu perasaan tenang, seronok, dan langsung takda nafsu membuak-buak untuk makan banyak bila berbuka kat surau. 
  • reduce weight slow and steady. takmo turun mendadak, nanti kang raya naik mendadak pulak.
  • jaga muka biar berseri selalu. jangan miss cleanse - toner - moiturizer steps, twice a day. every alternate day kena scrub and pakai face mask. 
  • sekarang aku rajin buat homemade scrub and mask. main ingredient aku oat. just mix with milk / honey / yogurt. tepek kat muka and dapat terus rasa kesannya. muka nampak glowing, lembut and bersih.
  • pakai body lotion everyday after mandi. yang part ni memang aku agak malas. seminggu sekali je agaknya aku berlotion. tapi berangan nak kulit lembut macam baby. haih.
  • body scrub twice a week. fokus scrub kat under arm and celah peha. 
  • apply vaseline to lip everyday sebelum tidur. scrub lips every altenate day.
  • NEVER EVER missed makan supplement. setakat ni aku cuma ambil shaklee vita-lea dan pati delima gulsan je tu pun selalu terlupa. nanti suruh DH belikan vitamin C pulak untuk kulit kekal remaja. and maybe nak try apple cider vinegar.


2- perangai yang manis dan memikat.
  • jangan malas gosok baju. hahaha. aku suka lipat baju, but not ironing. aku sendiri kalau carik baju seboleh-boleh carik baju yang tak perlu bergosok. tapi DH lak hari-hari kerja kena pakai kemeja. aku suka mengelat, and akhirnya DH kena gosok sendiri. lepas ni kena tunjuk sikit diri dah berubah..sebelum DH keluarkan baju kerja, aku dah kena mintak sendiri.."abg! nak pakai baju apa esok? i nak gosok ni". hihihii..
  • vacuum rumah at least 2 hari sekali. sebelum DH balik outstation, make sure everything berkilat. mop lantai, lap tingkap, tukar cadar baru. lap tv, lap segala barang hiasan DH, susun buku kemas-kemas. gantung cantik-cantik baju dalam wardrobe, color code everything. tapi actually, rumah aku dah cukup kemas pun sebab aku adalah neat freak 
  • so, kena kurangkan membebel setiap kali DH buat sepah. instead of suruh dia mop rumah, biar aku je mop. and biasanya bila nampak aku dah pakai apron and pegang mop, DH automatic akan sengih-sengih dan ambil mop tu dari tangan aku. hihi. 
  • impress him with my cooking skills. kena rajin-rajinkan diri cuba resepi baru, especially malay traditional food. bulan puasa nanti sesekali rajin-rajin kan diri cuba buat kuih melayu. 
  • eventhough aku bukanlah menantu yang baik and selalu malas nak balik rumah in law..aku kena berubah part ni untuk menjamin kerukunan rumah tangga yang berkekalan. sesekali offer DH, untuk balik rumah mak dia pulak. 
  • layan je la bila remote control sentiasa kat DH. lagi-lagi bila musim worldcup ni. jangan bergaduh berebut channel dengan laki. 
  • jangan lawan cakap DH. berpakaian menurut syariat agama. dari dulu DH suruh aku labuhkan shawl yang aku pakai, jangan pakai baju ikut bentuk badan..selalunya kejap je aku ikut, lepas tu mulalah aku belit balik tudung ni jadi pendek. hish syaiton byk betul. part ni memang dah banyak kali DH tegur tapi aku tak konsisten. kena lebih serius lepas ni. 
  • terima segalanya dengan redha. jangan meminta-minta dengan suami. yang ni rasanya aku dah banyak berubah. dari seorang yang sangat demand macam-macam kat DH, sekarang ni aku tak meminta-minta sangat da. padahal tak dinafikan masa muda remaja dulu aku materialistik (sampai sekarang gak kot haha) tapi jangan sampai membebankan suami. jangan membanding-bandingkan harta suami dengan orang lain. JANGAN! ingat yang lelaki tak suka dibanding-bandingkan. 
  • rajin-rajinkan diri untuk mengurut DH sebab beliau sangat suka diurut. 


ok dah la tu. makin panjang list kang aku yang frust kalau makin banyak tak berjaya dibuat. ini serious. aku kena berubah jadi lebih baik ke tahap perfect wife untuk DH. semoga belum ada anak bukan menjadi alasan DH berubah hati sebab dia dah ada seorang isteri yang cukup sempurna untuk dia.

amin. 



2 comments:

  1. MA, all the best! Part kemas umah tu i memang fail! hhuhuuhu... (umah x sepah, abuk je cepat naik...).

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dear! memang pun part habuk tu tak boleh tahan. so msti kene rajin2 kan diri pikat hati suami sungguh2. takutttttt sgt suami lari hihih

      Delete