Wednesday 28 May 2014

ayur slim Himalaya



Ayur slim Himalaya - aku sekarang tengah consistently consume ni 2 tablets, 2 times a day. dah seminggu makan ni, aku tak rasa ada sebarang perubahan lagi. misi utama aku makan tablet ni untuk maintain berat badan sekarang, and its a bonus la kalau ada weight reduction - tho its impossible kalau tengok selera makan aku. hahaha.



bulan ni aku takde buat langsung usaha TTC. simply sebab DH takde. so memang chances nak dapat anak this month is zero. jadinya, baik aku fokus untuk kuruskan berat badan, and usaha mencantikkan diri. this year, aku beraya kat belah in law. AKU MESTI KURUS, MESTI CANTIK. since berat aku naik 10 kg berbanding masa aku nikah dulu, memang semua orang yang jarang jumpa aku akan notice betapa berisi nya aku. masa nikah berat 46-47 kg. sekarang 56 kg. orang yang mulut tak reti jaga dengan lajunya akan cakap 'are you pregnant?' or 'dah berapa bulan ni?'. like wth? so, sebelum ada mulut yang takde insurans tu bertanya, baiklah aku maintain ala diva. huhu. pleaseeeeee my body, kembalilah ke bentuk asal.





but bare in mind that actually during TTC, tak boleh pun ambil ubat kurus ni. may cause contraindication. in my defense, DH will only be back 2 days before puasa Ramadan. means, no BD at all this month - no chances to preggy at all. bulan puasa, yes, ada chance, but since last year puasa DH sangat consistent untuk tingkatkan amal ibadah (he never missed tarawih prayer for the whole month last year), so aku goda-goda pun kadang tak berjaya hahahaha. errrr, still tak sure samada aku akan teruskan consume himalaya ni masa bulan puasa atau tak. tengok lah dulu.



physical activity - nada. past few months, aku consistently jogging every alternate days. lepas tu aku start treatment - of coursela stop segala activity. no more badminton, no more jogging. after iui failed, takde deria pulak nak teruskan exercise semua tu. sometimes kalau teringat ada lah kejap-kejap aku squat or sit up. thats all. mana tak gemok!






oh ye, pagi ni breakfast oat je. and now i'm hungry like crazy. blame the pms. eh?

Saturday 24 May 2014

f.r.i.e.n.d.s

surf my facebook account. and sentap kejap. one of my friend who just come back from states was having a good day with my other friend. and i really don't have any idea that she was back home! ok tipu, i do know that she will come back, but i don't know it was happened for about a week! and she was going out, chilling out with the friend that i love. tak tahu mana silap (i guess i know - i am the one who isolate myself from them), they never bothered to tag me along at their so-annoying photos. pfffffttt.



yes. aku admit aku yang banyak buat salah terhadap kawan-kawan. i isolate myself. aku tak respond kat wassap group. even aku tak respond to any facebook photos they tagged me. 


aku still rapat dengan few of good friends from sekolah rendah. we still called ourselves as best-friend-forever. we still wassap-ing each other here and then, but somehow i don't really share with them about by TTC journey - my strong desire to have children. it is just so hurtful when two of them were easily conceived without even try! walaupun tak pernah diorang question kenapa aku tak preggy lagi or do i plan not to have a baby - aku tak rasa perlu untuk berkongsi semua tu dengan mereka. i seriously never believe that those who easily conceived are able to understand my feeling. even my so-called-BFF! anyhow, i love them so much, i will do anything for them.


masa sekolah menengah, aku ada 'klik' sendiri. 6 of us. 3 of us dah jadi mummy. masing-masing siap dah ada 2 anak. another 2 belum kahwin. again, its kinda hurt me everytime they update their mummy-hood journey. they can chit-chattting non-stop about their babies, how tiring but awesome journey they had, bla bla bla bla. and 3 of us (myself and the other two who hasn't married yet) will just keep quite. yang paling senyap aku lah, sebab sentap. huhu. aku tau, dorang takde maksud pun nak sakitkan hati aku, they just excited and embraced their good parents life. tapi semua ni buat aku rasa kecil. 


move to uni life - ada few bunch of good friends. but unlike those during school life, i don't consider them as my bff. some friends - we can share everything, that i consider them as my bff. some - are judgemental - so tak semua benda boleh share sama-sama. and masa uni, kawan-kawan datang dari background yang berbeza. most of them not from klang valley, jadi ada banyak beza kat situ dari segi lifestyle, cara pemikiran and whatsoever. not saying i'm too urban, but i do love branded item, enjoy good-sometime expensive food, errrkk so into boy (haha, DH will kill me for this annoying statement), enjoy shopping sooooo much and bla bla bla. 


TAPI..aku betul-betul appreciate friensdhip masa uni life ni. teman study (i study really hard during my degree), teman skip class, teman makan, teman yang pujuk aku bila frust bercinta..but towards the end of my degree, kitorang macam makin jauh. aku salahkan diri aku sebab selalu sangat balik rumah and tak stay kat hostel with them. and sibuk sangat dengan boyfriend masa ni (when my other housemate masa ni semuanya single). and suddenly ada orang bagi tau yang diorang jealous dengan aku, like wth? akhirnya masa last paper on my final year, i just leave them like that. yes, my fault. 


masa buat master, aku still baik dengan few of my degree friends yang continue study gak. rapat-rapat macam tu je. kadang-kadang keluar sama-sama, tengok wayang. share our dream to complete our master + phd, cerita pasal nak kawen, bla bla bla. then aku terpaksa masuk one research group yang berbeza dengan kawan-kawan aku ni. with different research, different schedule, aku memang tak dapat nak join all of their activities. mula-mula dorang ajak gak aku keluar makan sama, tengok wayang, bowling, jogging sama-sama - tapi lama kelamaan sebab aku sentiasa tak dapat join sebab sibuk dengan labwork and data collection - kitorang makin jauh. makin kurang call dari diorang, makin kurang sms-es (masa ni wassap belum ada) and finally kitorang dah jadi tak rapat. still baik kalau berjumpa, still masih boleh bergurau, but no sparks at all. truth is, i actually missed them. sometimes, kitorang message kat facebook (huh?), they still remember my birthday, but we are not close anymore.




dari semua flashback memori ni, memang nampak aku yang salah. i love all my friends, tapi entahla...i don't bother to keep in touch (but secretly i do follow their life update). 





and now, i have few very good friends. kenal masa zaman buat wedding preparation. i love them to bits i wish we can be friends forever. one of them pun TTC gak. pity us. so now i count on my sekolah rendah friends, my sekolah menengah 'klik' and my not-so-new friends!

Friday 23 May 2014

blood test - AMH, thyroid function dan vitamin d

first time jumpa dr. adilah, aku kena buat 3 jenis blood test. AMH, vitamin D dan thyroid function test. untuk AMH and thyroid tu result aku normal. vitamin d test pula menunjukkan aku ada deficiency. honestly, baru hari tu aku tau yang kesemua test ni penting (untuk sesetengah orang) dalam rawatan infertility. selama ni aku ingatkan test progesterone/estrogen tu yang penting (tapi aku tak pernah buat pun test ni huhu). 




pelik-pelik nama test yang aku buat ni. so, as my reference later, aku ringkaskan kat sini seringkas-ringkasnya sebab aku bukan medical doctor pun untuk fahamkan secara mendalam segala anatomi fisiologi patofisiologi chemisty semua blood test ni. kot la ada yang google info pasal mende alah ni, harap leh dapat serba sikit maklumat dari perkongsian aku ni. 




Anti-Mullerian Hormone Test (AMH)



Basically, 


AMH blood levels are thought to reflect the size of the remaining egg supply - or "ovarian reserve”.

maksudnya, berdasarkan aras AMH ni la kite dapat tau berapa jumlah telur yang tinggal dalam ovari kite. sebab tu dinamakan juga ‘simpanan ovari’. 

takungan folikel (follicle pool) ni wujud sejak kita, kaum wanita ni dalam perut mak lagi. masa kita lahir, lebih kurang 1 juta oosit ada dalam ovari kite. tapi lama kelamaan, bulan berganti bulan, jumlah follcile pool ni akan menurun. bila kita dah baligh, lebih kurang 300 000 - 500 000 saja folikel yang tinggal. bila dah baligh, hormon dalam badan pun mula la activate. dengan meningkatnya aras hormon LH dalam badan (kan kalau buat test OPK measure level LH hormon, ingat tak?), telur yang dominant akan ovulate. aku suka panggil telur ovulate ni as telur yang menetas, haha. dan proses ni akan terus continue sampailah akhirnya follicle pool ni kering kontang, menyebabkan menopause.


  • setiap bulan (untuk wanita normal), telur akan keluar dari ovari. oleh itu, bila umur kita makin bertambah, makin sikitlah simpanan telur tu. fungsi reproduktif juga semakin menurun bila menua. jadi, is it expected that bacaan AMH akan semakin menurun dengan peningkatan usia. 


  • untuk mereka yang ada PCOS, iaitu those yang ada banyak folikel-folikel kecil comel, mereka akan ada value AMH yang tinggi (which is higher than normal range). ni disebabkan orang PCOS banyak sangat telur kecil yang tidak berjaya ovulate.


  • sebaliknya, mereka yang hampir dengan menopause, value AMH adalah rendah.




sebab tu masa first dr. adilah kata ovari aku kecik and aku perlu buat test ‘ovarian reserve’ benda yang bermain dalam fikiran aku adalah aku menghampiri stage pre-menopause. gile tak sedih, kan. umur baru 28, belum sampai 5 tahun kawen dan nak menopause. kalau nak menopause kang dibuatnya laki carik lain macam mane? phew, exaggerate. mintak simpang. 



  • obesiti boleh menyebabkan simpanan ovari berkurang. tapi, obesiti juga sering dilihat sebagai punca kepada pcos. so, lets fight obesity!!!



untuk pembacaan yang lebih details boleh baca article by Visser et al. 2006 dan Broer et al. 2014. 

atau boleh rujuk link ni untuk pembacaan yang lebih sempoi:





Thyroid function test


test ni sesuai dilakukan pada mereka yang mungkin mengalami ovulatory dysfunction, dan bukanlah routine measurement dalam kes infertility. so jangan pelik kenapa tak semua doktor/patient suruh/kena buat test ni. kes aku, mungkin aku kena buat test ni sebab saiz ovari aku yang nampak comel dari normal. 


tiroid ni adalah kelenjar kat leher yang merembeskan hormon yang berperanan untuk mengawalatur pertumbuhan dan perkembangan badan, berdasarkan kadar metabolisme. 







masa first jumpa dr. adilah dia ada suruh aku selak tudung and telan air liur. tujuannya untuk tengok fungsi tiroid aku. 

so apa kaitan tiroid dengan infertility?


  • disebakan tiroid ni bertanggungjawab untuk metabolisme setiap sel dalam badan, apabila berlaku gangguan pada fungsi tiroid - samada hypothroidism (low thyroid function) atau hyperthyroidism (high thyroid function) - maka akan berlaku ketidakseimbangan bada ovari. 


  • ovari adalah amat sensitif dengan sebarang perubahan pada aras tiroid, so walaupun hanya sedikit penurunan pada aras tiroid ni akan adversely affect ovarian function.


  • low thyroid hormone akan mengganggu pengeluaran telur dari ovari, so ovulation tak dapat berlaku, maka infertile lah seseorang wanita itu. 



haih la hormon. bila tengah TTC ni kena jaga belai hormon dengan penuh kasih sayang.


  • oleh itu, kesimpulan ringkas yang aku boleh buat - JAGA HORMON! macam mana nak jaga hormon? jaga berat badan. jaga emosi. jaga makan. pusing-pusing benda sama, kan?



source:



Vitamin D


aku sedia maklum, nak dapatkan vitamin D ni sumbernya adalah daripada cahaya matahari pagi. about pukul 9-11 pagi tu just nice la untuk exercise kat luar rumah untuk dapatkan sunlight exposure ni. masalahnya, jam-jam ni la waktu sedap tidur kalau tak kerja. kalau kerja lak, harapan nak berpanas macam tu, cair make up. huhu. 




tapi rupa-rupanya, kajian di barat menunjukkan bahawa, exposure kepada cahaya matahari ni, boost up fertility in both men and woman!!! dengan cara meningkatkan aras vitamin d. 


aku quote dari website yang aku baca ni:


As the researchers reported in the European Journal of Endocrinology:
Among women, vitamin D appears to impact in vitro fertilization (IVF) outcomes, endometriosis, polycystic ovary syndrome (PCOS), the most common female endocrine disorder, as well as boost levels of progesterone and estrogen, which regulate menstrual cycles and improve the likelihood of successful conception
In men, vitamin D is essential for the healthy development of the nucleus of the sperm cell, and helps maintain semen quality and sperm count. Vitamin D also increases levels of testosterone, which may boost libido
The researchers state:
“Given the high prevalence of infertility as well as vitamin D insufficiency in otherwise healthy young women and men and the possible role of vitamin D in human reproduction, research might lead to new therapeutic approaches such as vitamin D supplementation in the treatment of female and male reproductive disorders.”

aku betul-betul baru tau ada kaitan rupanya vitamin d dengan tahap kesuburan. pulak tu dalam semua test, ujian vitamin d ni la menunjukkan bahawa aku deficiency. cara untuk tingkatkan aras vitamin d selain daripada sunlight exposure adalah pemakanan. but then, kandungan vitamin d dalam makanan tak tinggi. antara food source adalah fortified cereal/grain and dairy product. paling senang, amek supplement multi vitamin and vitamin d.






till then. penat la type.

Tuesday 20 May 2014

lepas first IUI gagal...

kecewa. ya aku kecewa giler. sampai tahap aku rasa macam malas nak TTC lagi. aku tak setabah TTCians lain yang kalau aku baca agak tenang, menerima baik kegagalan usaha mereka. yes, aku negative. padahal ni baru first try aku. baru first iui.



mungkin bila first iui dah gagal, aku hilang keyakinan. aku terfikir adakah sampai bila-bila aku gagal? terpaksa menunggu bertahun-tahun lagi?



lepas stop duphaston, aku period selepas 2 hari. tak sabar-sabar period nak datang, kan. aku tak jumpa dr adilah lepas period tu, sebab DH akan outstation lebih sebulan lepas ni. in fact, semalam dia dah fly pun. so, memang bulan ni tiada usaha untuk TTC.

minggu lepas, masa last day period (CD 6), DH bawak aku gi holiday. bercuti di krabi je, untuk 4d3n. kali kedua ke krabi. masa DH ajak bercuti, aku baru 6dpiui. DH ajak holiday ni sebab dia akan outstation lama, so nak spend time ngan aku dulu. masa book tu aku cuak gak, sebab aku berharap akan lekat, so boleh ke naik flight semua tu. siap tekad dalam hati, andaikata lekat, aku nak pujuk DH cancel je trip. dah lah booked semua benda last minute adalah pricey. huhu. memang baby adalah priority utama aku.

dah tau je aku failed iui, aku memang teruja sangat dengan holiday ni. at least, dapat lupakan kejap kesedihan aku. and memang betul, masa holiday takde terfikir langsung tentang iui, tentang nak anak.


and now, bila DH takde aku dah start la rasa sedih balik. dok sorang tak berteman.

Thursday 8 May 2014

1st iui result..

BFN.





Result beta HCG on 14dpui : less than 2 m iu
upt on 13dpiu : BFN



gagal gagal gagal gagal gagal.




sedih gile. menangis bagai nak rak pun tak guna sebab memang tak lekat gak. sama je dari dulu lagi. sejak aku start treatment, every months seem perfect, tapi tak lekat gak! ape lagi? ape?

semua ni buat aku rasa fade up nak teruskan usaha TTC. apa lagi yang boleh aku betulkan? unexplained infertility really sucks!!!



nak kata sebab ovari kecil - result anti mullerian test menyatakan yg aku normal

vitamin d deficiency? - maybe. aku dah makan vitamin d and supplement daily. besar sangat ke effect vitamin d ni?

DH sperms malas? : post IUI semen very very good

3 follicles, good lining, good iui procedure.


apa lagi?



perlu ke aku cuba second iui? perlu ke? ada kebarangkalian ke nak positif? ongkos? masa? apa lagi aku nak buat?


im not ready for ivf. kenapa kena go thru ivf bila semua doktor aku jumpa kata kami normal?




ya allah.
sedihnya.

aku malu. malu dengan keluarga. malu dengan kawan-kawan. semua mereka senang lekat. but me.
aku sedih. kesian dengan DH.
aku kecewa dengan diri sendiri.


what else?
nak nangis lagi pun aku penat.


boooo.



Saturday 3 May 2014

10dpiui

since past 2-3 days, tiap-tiap malam aku kena acid reflux. sampai ade skali sampai termuntah sikit. pedih kot acid reflux ni. satu benda yang amat-amat jarang sekali berlaku. 


sore breast dah makin kurang. cuma bila sentuh tu ada la rasa sore sikit-sikit. tapi aku lagi selesa tak pakai bra. dapat la breast bernafas selesa sikit.


cramp kaki on and off.


bahagian ovari on and off macam sakit menyucuk-nyucuk. lagi sakit dari period pain. 



secara rasional, aku percaya ni semua disebabkan hcg shot and duphaston tu.
progesteron oooohhh progesterone.
really messed with my body.



jauh di sudut hati aku tetap berangan pregnant. cant help my self to google about symptoms post iui. baca kat baby centre memang bagi hope semua symptoms aku rasa ni will leas to BFP! tapi macam biasalah kalau google blog ttc malaysia most of them failed their iui.



jujur, aku tak rasa aku pregnant.
entahlah. aku memang negatif sangat.
aku takut nak berharap lebih-lebih.
kalau tak dapat kang kecewa nya melampau-lampau. 



14dpiui nanti aku akan buat beta hcg blood test. ikutkan dr adilah suruh datang masa 13dpiui, tapi DH baru balik outstation date tu, so postpone la keesokan harinya. aku rasa nak buat upt dulu la before pergi. so dapat prepare my mind dulu.




hmmm.