Tuesday, 21 April 2015

third trimester

Alhamdulillah.


hari ni genap 28w 4d (kalau ikut LMP lah). kalau based on scan macam biasela always 1-2 weeks late.
start semalam dah mula kira carta pergerakan baby. hari ni belum start lagi. macam tak gerak2 sangat lagi, tapi baby memang kuat tidur siang pun. hihi.


update?



detail scan - check.
done with jezzlyn at umra hospital. amek sekali dengan pakej 3d4d. cost me rm 220. nampak baby memang lah muka mummy. aktif kuat menendang. lepas dah tau rupa, confirm 100% gender, memang dok berangan je la mummy daddy. rindu anak sendiri. such an amazing experience. boleh katakan hari-hari menatap gambar yang jezz print tu. :)



shopping?
never ending journey. haha. tapi aku dah cuba kawal la. kalau orang dok nasihat start 28 weeks baru shopping - aku? at 28 weeks tak tahu nak beli apa da.
risau memang lah risau. selagi anak takde depan mata memang risau. but yes, im way toooo excited. kehadiran anak yang memang dinanti-nanti sangat. i pray everything goes well. please, Allah.
latest masa expo Mid Valley last month dah settlekan feeding accessories. yes, complete i guess.


laundry.
done masa genap 28 weeks. terus cuci baju 1 trip. ada lagi separuh belum basuh. towel, mitten booties and other small accessories belum basuh lagi. tunggu nanti2 la mendobi. bila dah sure takde shopping barang baru. hehe.


set pantang.
belum decide. almost everyday google. memula nak tanamera. then beralih ke nona roguy. but now minat spa & ma pulak. the reason sebab spa & ma nampak lengkap. ada bengkung. but.......rajin ke aku nak pantang? will survey the price in next expo. harap2 dapat yang berbaloi.
confinement lady pun dok google everyday. mahal rupanya. sangat mahal. so, memang sangat susah nak buat pilihan untuk confinement lady ni. mungkin urut dalam 3 kali je la kot. tak mampu nak amek untuk seminggu and more walaupun berangan untuk diurut selalu.



antenatal class.
dah book slot at DEMC.



motherhood preparation.
lots of reading being done. but still tak confident. can i be a good mother? nak besarkan anak dalam gen Y ni macam mencabar. lots of things to tackle. from the language (should we use our mother tongue or straight away use english?), gadget, baby sitter, feeding, bila nak ajar baca (kiasu ahhaha), and so many more la.. macam-macam isu aku fikir padahal its waaaaayyyy tooooo early to think about all these.
and lately selalu risaukan daddy dia. para ayah ni nampak relax and steady je. with my DH yang tak suka membaca and suka main game je - i am seriously worried. masih belum ada serious discussion macam mana nak besarkan anak. huh, over thinking la aku ni.



deliver kat mana?
if semua nampak ok, DEMC je la. kalau rasa macam tak boleh normal pergi Umra. sebab pernah ada doc detect low lying placenta. tapi masa detail scan nampak placenta dah kat atas. inshaallah boleh deliver normal.



ok. ni je la. aku sangat mengantuk ni. lately ni sangat selalu mengantuk.

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete