Thursday 12 March 2015

updates 22 weeks and 6 days.

Alhamdulillah. pejam celik pejam celik dah in the middle of second trimester. macam tak percaya secepat ni. kira-kira balik lagi few months je deliver. insyallah. moga-moga dipermudahkan segalanya.


baby bump.
besar! dulu aku ingatkan aku ikut mak aku, jenis tak nampak perut masa preggy. tapi perut aku rupenye sangatlah menonjol. maybe gak sebab badan kurus dulu, so memang terang jelas baby bump ni. risau gak kalau baby besar. sebab masa jumpa doktor baru ni dia ada cakap, risiko baby besar. sebab weight gain leh tahan gak, haha. sebulan naik 2 kg. kalau maintain naik 2kg in a month mau dekat 20 kg total weight gain nanti.
bila tanya DH, dia tak sure pulak berat lahir dia berapa. kalau family aku, semua comel-comel tak sampai 3kg. harap2 idok la besar sangat baby dalam perut ni. koyak rabak nanti. huhu.


baby's gender.
tak sure lagi. masa last check up (19 weeks) memang baby terkangkang. haha over anak mummy ni. selamba je kangkang besar-besar. masa zoom nampak macam ade skrotum. so, maybe laki. tapi doktor taknak confirmkan lagi. sebab still very small masa tu. mana la tau tu tali pusat ke. so kesimpulannya memang tak confirm gender. and i stop buying girly stuff. tahan nafsu sambai gender confirm. nanti hujung bulan ni, about 25 weeks baru jumpa doktor lagi. hopefully dah confirm la waktu tu.


details scan.
tak buat lagi. plan nak amek insurans takaful prudential for baby dalam kandungan. dah consult with our agent. kena buat details scan before 30th weeks. masih KIV. tak tau nak buat mana. nak continue DEMC rasa mahal sangat. maybe consider UMRA or Ajwa? Any idea? I should buat before week 24 kan?


health.
alhamdulillah. everything good. berat badan je naik 2 kg monthly. huhuhuuhu. selera menjadi-jadi. morning sickness masih ada. tapi bertambah baik. baru ni check up kat KK, sume ok. tapi hemoglobin turun. from 12.6 to 11.5 only. still in normal range. tapi aku dah kena takes extra caution. jaga makan.



baby movements.
waaa sangat aktif sekarang. dulu risau tak rasa gerak. by the time 20 weeks baru start rasa butterfly in the stomach. waktu paling aktif adalah malam. bukan main die berjoget. tapi bila daddy letak tangan kat perut nak rasa terus die diam. hahahahaha. baby takut daddy. sebab daddy sik cakap nak gigit dia je. siang-siang jarang rasa. maybe sebab tak duduk diam. so tak perasan sangat gerakan tu. the best feeling in the world. hari-hari tertunggu2 nak rasa gerakan.


shopping.
believe me, almost complete. gila, kan. masa 22 weeks, i already can cross almost all in my checklist. sebab last week ada expo kat IDCC, pastu expo pureen, then mydear buat warehouse sale. antara paling awal aku beli stroller. beli from online IG base in UK. tapi tak sampai lagi. ETA end March or early April. baju memang aku beli sikit-sikit asal nampak comel. Kat IDCC baru ni aku beli Medela Freestyle and carseat. Pergi Pureen habis semua toiletries and lain-lain barang kecik aku settlekan. Kat Mydear aku beli baby cot complete set.
Bila bosan-bosan aku gi Jusco, gi kedai baby. memang keluar tak boleh tangan kosong. setakat ni yang tinggal cuma nak completekan baju baby and feeding set. ikutkan hati memang nak beli sume feeding set (bottle, warmer, sterilizer etc) masa kat IDCC. tapi tahan dulu...nanti kang expo kat Mid Valley nak beli ape pulak kalau semua dah complete, kan. hihiihhi.
yes, barang baby amatlah mahal. dah macam kos nak beranak nanti. medela freestyle tu pun mahalnye laa..dapat pulak aku yang jenis malas nak survey ni. huhu. takpela baby...nak dapat awak sorang lama mummy tunggu. mummy sanggup. demi yang terbaik, insyaallah.
Risau memang ada. orang dok nasihat beli masa dah 7 bulan. tapi.......mungkin sebab dah lama sangat menanti saat ni. aku tak boleh tahan. i start shopping since i know that im pregnant. masa 7 weeks. am i too excited?
ya Allah..lindungi dan peliharalah anak dalam kandungan ku ini.



spread the news?
so far ramai dah tau atau boleh agak aku pregnant. cuma aku tak warwarkan. segan la. i try not to post my baby bump ke, gambar-gambar hasil shopping kat IG. ada hati perlu dijaga. plus, aku sendiri dulu pernah nyampah orang yang sikit-sikit shopping nak post. sorry, but i feel that somehow u ada tendency belagak bila post. motif sangat la asal shopping nak post, kan. aku create personal IG account yg aku sorg je follow. hehehe. tu untuk post all journey during my pregnancy ni. its hard to shut my mouth dari bagi tau to the world yg im pregnant.....tapi.....belajarlah kawal diri sendiri. nasihat untuk diri sendiri.



kerja.
penat. penat. penat. dan malas. kuliah dah mula. jadual tak pack macam last sem. tapi bebanan kerja bertambah. malas cite panjang. aku sangat malas kerja sekarang. hormone, maybe?



so...
thats all to summarize my soon to be 23 weeks.
amazing.
pray it will stay amaze.
insyaallah.

No comments:

Post a Comment