Showing posts with label 2ww. Show all posts
Showing posts with label 2ww. Show all posts

Saturday, 3 May 2014

10dpiui

since past 2-3 days, tiap-tiap malam aku kena acid reflux. sampai ade skali sampai termuntah sikit. pedih kot acid reflux ni. satu benda yang amat-amat jarang sekali berlaku. 


sore breast dah makin kurang. cuma bila sentuh tu ada la rasa sore sikit-sikit. tapi aku lagi selesa tak pakai bra. dapat la breast bernafas selesa sikit.


cramp kaki on and off.


bahagian ovari on and off macam sakit menyucuk-nyucuk. lagi sakit dari period pain. 



secara rasional, aku percaya ni semua disebabkan hcg shot and duphaston tu.
progesteron oooohhh progesterone.
really messed with my body.



jauh di sudut hati aku tetap berangan pregnant. cant help my self to google about symptoms post iui. baca kat baby centre memang bagi hope semua symptoms aku rasa ni will leas to BFP! tapi macam biasalah kalau google blog ttc malaysia most of them failed their iui.



jujur, aku tak rasa aku pregnant.
entahlah. aku memang negatif sangat.
aku takut nak berharap lebih-lebih.
kalau tak dapat kang kecewa nya melampau-lampau. 



14dpiui nanti aku akan buat beta hcg blood test. ikutkan dr adilah suruh datang masa 13dpiui, tapi DH baru balik outstation date tu, so postpone la keesokan harinya. aku rasa nak buat upt dulu la before pergi. so dapat prepare my mind dulu.




hmmm. 

Wednesday, 30 April 2014

7dpiui

sejak 6dpiui ada sore breast. selalu breast sakit camni masa nak dekat period. cramp on and off.  keep telling myself this is due to the progesterone (duphaston medication).  tapi kejap-kejap aku google gak 'success iui 2ww', and jumpa ada orang experience this kinda symptoms as early as 3dpiui and the iui was success!


takut nak berharap.




arghh. tak suka 2ww.



infertility really sucks!



aku tak pernah sangka aku akan melalui semua ni.



hmmm. sepatutnya aku bed rest this few days. tapi memang tak dapatlah. DH outstation for 2 weeks, so aku duduk rumah parents. nak makan kena turun bawah, bosan-bosan ajak mak aku borak pun turun bawah. tapi sedaya upaya memang aku jalan very the slow, macam orang baru lepas pantang. memang takde buat kerja rumah, tapi still naik turun tangga lah. it will be different kalau duduk rumah sendiri sebab rumah aku kecik je, so movement sure limited. kalau DH ada pun sure dia boleh layan aku manja-manja. dengan mak sendiri, walaupun mak aku memang takde suruh buat kerja, takkan aku nak manja melebih-lebih suruh makanan bawak atas disuap semua kan? tak sesuai hihi.

Sunday, 27 April 2014

4dpiui

4 hari selepas iui.



perut aku start cramp, macam senggugut. mungkin effect duphaston.


DH dah berangan ada baby dalam perut ni. aku iyakan je, tapi hakikatnya aku sangat-sangat takut untuk berharap. negative mind aku kata tak lekat pun kali ni. entahlah. dah 2 tahun mengharap tiap-tiap bulan lekat, tapi tiap-tiap bulan lah aku period buat aku takut sangat nak letak harapan untuk iui ni.



doa diteruskan. ya allah, kurniakanlah kami zuriat ya allah. zuriat yang soleh dan solehah. zuriat yang ramai. zuriat yang sempurna sifatnya, akhlaknya. zuriat yang sihat, yang menyenangkan. ya allah kau maqbulkan lah.