Tuesday, 9 December 2014

9 weeks 4 days

Dah 9 minggu. Baru sekali hari tu pergi scan. Dan seterusnya hidup dalam paranoid. Pengalaman TTC buat aku macam ni kot. Paranoid gile.


Semalam masa solat Isyak rasa macam ade discharge. Terus solat pun jadi tak khusyuk, nak cepat-cepat habis. Terus check. Tapi takde ape pun. Tak tau lah mainan perasaan ke apa.


orang kata kalau risau pergi check doktor. Tapi aku tak nak. Jumpa doktor buat aku lagi saspen kalau nanti tak nampak baby lagi ke, size still small or lain-lain benda yang uncertainty. So aku decide tunggu la 11 week nanti baru jumpa doctor. At least time tu memang sepatutnya dah boleh dengar dengan jelas heartbeat baby. Aku taknak dengar benda yang buat aku risau.


Kerisauan aku ni bertambah sebabnya aku seolah-olah takde simptom orang pregnant. Yes, i'm 9 weeks pregnany without symptoms. Sebenarnya aku consider lucky sebab takde muntah-muntah memanjang, tapi benda ni buat aku risau pasal hormon. Hormon tak cukup tinggi ke?


Aku dah takde muntah-muntah.
No nausea.
No dizziness.
Sore boobs pun dah hilang.
Sihat. Boleh jalan laju. Kadang tu terlupa aku preggy.


Symptoms yang ada:

Bloating & muntah angin - tapi sebab memang dari dulu pun aku macam ni sebab ada gastrik, so aku tak tau la ada kaitan dengan pregnancy atau tak.
Sakit pinggang kalau berdiri lama
Gemok. Ya, berat aku naik 3 kg sebab berselera makan.



Hari-hari aku doa semoga semuanya selamat. Kalau ikut hati sekarang gak aku nak gi klinik untuk scan. Tapi sabar...tahan dulu...sabar sikit je lagi.....

Sunday, 23 November 2014

tanda-tanda awal pregnant

Assalamualaikum,



Hehe dua entry sekali aku up hari ni. Isnin yang sangat lemau.

Pertamanya, aku minta maaf kalau entry aku ni dan selepas2 ni mengganggu emosi para TTC. Sesungguhnya aku amat faham perasaan mereka yang berTTC. Sangat. Aku takut dalam gembira aku mengganggu emosi yang lain. Maaf beribu maaf. Tujuan aku buat entry ni sebagai kenangan aku di masa hadapan. 3 tahun aku tunggu saat ni. Dan aku sentiasa doakan semua yang TTC dikurniakan rezeki Tuhan juga.



Awalnya, tanda-tanda yang aku alami semua sama macam nak period.


  • cramp perut
  • lenguh kaki
  • sore breast
  • kuat makan
  • bloating yang sangat teruk. walaupun setiap kali nak period memang bloated, yang kali ni memang melampau-lampau. asyik rasa macam nak muntah, tapi angin je yang keluar
  • aku masuk tidur awal. pukul 9 dah tidur (aku ingat sebab penat keje, sebab kadang tu lepas maghrib aku dah tido)

sebab tu aku tak expect aku pregnant. memang dok check panties bilalah nak period. huhu.


tanda-tanda extreme (bila UPT dah confirm positif):
  • mengah. aku memang ada asthma, tapi last kena attack is masa aku darjah 5. setelah 23 tahun berlalu, aku kena nebulizer. doktor kata, maybe because of the pregnancy hormone.
  • mengah bila solat. lepas habis tahiyat akhir lega. rasa nak baring terus
  • tido awal gile. memang sangat suka tido
  • last week, friday aku dah start mabuk. dah start muntah-muntah. bearable. cuma agak tak selesa.


So far itu je setakat ni. Morning sickness aku biasa-biasa je. Mual tekak memang sangat kerap. Muntah tu masih terkawal.

Sungguh, aku sanggup lalui apa saja dugaan masa pregnant ni. Sungguh.


Ya Allah, kau sempurnakanlah kejadian janin dalam rahimku ini.

7 weeks scan, but sac only 6 weeks size

Assalamualaikum,




UPT yg aku buat last Thursday (20/11), malam. Balik keje singgah Guardian, beli UPT. Paranoid. huhu. Lega bila nampak double line.


Still paranoid, and test pulak guna Clearblue on Saturday, (22/11), morning. Alhamdulillah, stated there 3+ weeks pregnant. Kalau kira dari LMP, dah more than 5 weeks.



So, Sabtu pagi tu, 22 Nov 2014, beranikan diri ke Klinik Soraya untuk scan. Sumpah, aku sangat nervous. Aku takut. Mungkin sebab dah lama TTC, berita aku pregnant ni pun buat aku sangat nervous. Takut nak terlalu berharap. Macam-macam aku fikir.


Masa jumpa doc, aku terus cakap aku nak scan. Nak confirmkan pregnancy. So doktor kira based on my last period, aku sekarang dalam 7 weeks. OK. Pergi scan.
Baring. Letak gel atas perut. Scan.
Alhamdulillah, letak je alat scan tu terus nampak kantung. Lega. Kantung terletak dalam rahim. Doktor godek kiri kanan, lama jugak. Doktor kata everything nice. Rahim nampak cantik. Takde benda lain. No cyst, fibroid. Memang pregnant doktor cakap. Fetal pole very small. So tak boleh detect heart beat lagi. Tapi...


bila ukur size sac, its a bit small. Usia sac dalam 6 weeks. Sebab tu tak dapat detect hear beat. But based on LMP i'm about 7 weeks. Doktor kata no need to worry. Mungkin aku fertilize lambat. Agak lega disitu tapi still bimbang. Sebab kalau kira-kira usia 6 minggu, maknanya fertilize masa laki aku outstation. Macam tak logik. Tapi, semua tu kuasa Tuhan. Fikirkan kebesaran Tuhan buat aku lega. Redha. Sekiranya Allah kata ini memang rezeki aku, maka memang rezeki aku. 


So far, instinct aku kata no need to worry. Tapi biasalah. aku kan suka google. bila google banyak la gak minah salleh cerita sama macam kes aku. Based on LMP dah banyak weeks, but bila scan sac is still small. Tak boleh dengar heart beat at 6 weeks pun is very normal. Ok. Tenangkan hati. Inshallah, everything will be fine. Inshaallah. 



Lagi sebulan aku kena datang untuk scan lagi. Kalau everything ok, semuanya akan nampak jelas lagi sebulan. Ya Allah, kau permudahkanlah. 

Monday, 17 November 2014

kisah double line.

Assalamualaikum,


Baru berkesempatan untuk update. Agak sibuk sekarang ni. Awal November, aku konvo. Alhamdulillah. Perjalanan 4 tahun PhD aku officially berakhir. Phewww. Penat gile konvo. Aku terfikir hikmahnya..betapa aturan Tuhan tu indah sangat.


kenapa aku tak preggy masa buat phd? - padahal ada phase hari-hari aku nangis masa buat lab
kenapa aku tak pregy masa aku dah submit thesis? - aku tak kerja, financial agak constraint
kenapa aku tak preggy lepas viva - hidup messy, baru start kerja, and konvo tu penat gile!


see? bila renung kembali semuanya bersebab. 


sejak aku failed IUI (May 2014) - aku stop TTC. Yes, aku tak jaga makan, tak jaga berat badan, i live my life happily. Tipula kalau sentiasa happy, biasa gak sentap-sentap hihi..but honestly aku hidup tenang...



---


My last period was 5th Oct 2014. So expected aku akan period dalam 5th Nov, since period aku recently regular. Since a week before that aku dah rasa PMS. Macam biasa, perut cramp gile, kaki lenguh-lenguh. Siap standby pakai pad. Exactly macam nak period. Tapi period aku tak datang-datang. Aku agak marah sebab dah terfikir period haywire lagi la ni. Aku nak pergi USS on 9th Nov, so aku betul-betul berharap aku period awal (so that aku dah tak period masa kat Singapore, so no PMS / aku tengah end of period so tak payah solat hehe). All symptoms PMS aku ada;

- cramp perut, bloated, lenguh kaki, sore breast (noted semua ni symptom yg memang biasa aku kena every month). 


7th Nov 2014, Friday

By 7th Nov, sakit perut menjadi-jadi. Masa kat ofis aku rasa perut mencucuk-cucuk. Pergi toilet tengok still tak period. Balik rumah masa mandi aku tergerak nak buat UPT. Keringkan je la hati.




its double line! faint but very clear. kebetulan lepas naik double line tu DH baru sampai rumah. aku terus panggil dia and tanya nampak tak double line? DH kata nampak, tapi dia blur..



terkejut. sayu. blur. tak percaya. aku terus mandi. lepas mandi tengok lagi upt and yes, the line is still there. solat asar. nangis. aku masih tak percaya.


--


malam tu hati tak tenang. and then aku realize. upt yang aku guna dah expired. rasa down. boleh ke expired upt produce false positive? hmmm. lagi satu upt yang tinggal kat rumah ni pun dah expired gak.


after maghrib, aku ajak DH pergi beli UPT baru. aku dah nervous cannot tahan.


pergi pharmacy, beli 2 lagi UPT.

balik, terus test.




still very faint. but double line yg clear! alhamdulillah..alhamdulillah ya Allah. aku kira-kira baru lebih kurang 5 weeks, based on last menstrual period.


--

From 8 Nov - 15 Nov



yes, aku paranoid. tak cukup satu test yg aku buat sendiri.


aku dah pergi jumpa doc on 15th Nov tu. Tapi doc taknak scan lagi. too early katanya. ok, fine. tapi aku demam, temperature naik. and aku semput sampai kena nebulizer. dugaan yang membahagiakan.




ya Allah, sekiranya ini memang rezeki ku, kau kuatkanlah janin dalam rahimku ini ya Allah.




aku sambung lagi nanti.


Wednesday, 17 September 2014

Like i post previously, one of my friend got pregnant just after 3 months of marriage. 3 bulan vs 3 tahun. Yang 3 tahun tu aku la. Ye, aku happy untuk dia. Kawan baik happy, of course aku happy gak.



Tapi kenapa aku sayu?


Sampai aku dah jadi sangat senyap kat group whatsapp. Sebab kawan aku sangat teruja (ye aku tahu ni jugak. sapa tak teruja nak jadi mummy), asyik bercerita and minta opinion untuk check up, cerita pasal morning sickness, etc.... Aku faham, mereka yang sangat senang conceive ni tak pernah terfikir pun tentang kepayahan, emosi, perasaan mereka2 yang sangat susah nak lekat. And they seems soooooo excited which all of these make me sad. sebab aku tak tahu apa nak cakap. aku tak boleh komen. walaupun banyak benda aku rasa aku tahu berdasarkan pembacaan. tapi nak bagi pendapat seolah-olah tak sesuai sebab aku je belum merasa, belum ada experience sendiri untuk pregnant.



so aku senyap.




tapi. kalau tiba-tiba kawan aku yang pregnant ni dah tak involve kan aku yang belum lekat ni, for sure aku terasa gak kan..let say dia cuma sembang dengan geng2 yang dah ada anak. i will feel awkward gak. haih.




masa berlalu. umur makin meningkat.



moga suami sentiasa menjadi teman setia.




aku tak post ni untuk mengharap simpati. langsung tak. sekadar luahan hati. aku tengah mengadap kerja. whatsapp masuk menderu-deru bercerita pasal pregnant. tiba-tiba air mata aku bergenang.


so aku update entry.



to TTCian yang berjaya preggy, sungguh takde sekelumit rasa dengki atas kejayaan kalian. bila TTC berjaya preggy, aku rasa leboh positif. positif yang rezeki aku akan sampai juga.

perasaan sayu, loser, aku ni lebih kepada mereka yang preggy tanpa susah payah menanggung beban emosi. :(

Sunday, 14 September 2014

sayu.

Hi blog,


Lama sangat rasanya tak menjengah ke blog ni. Lama tak blog walking. I'm too occupied with work. Kadang tu tak busy mana pun, ada je masa bersosial, tapi menyibukkan diri gak. I love my work. Ada bilik sendiri. Tak perlu jumpa ramai orang. Intorvert. Sampai ada masa aku rasa macam ehhh tak bercakap langsung pun hari ni selain dari jawab phone call. Haih. Not that aku ni anti social. Cuma dah meningkat usia ni macam takde apa sangat nak diborakkan dengan kawan-kawan tempat kerja. Dah la kawan satu jabatan aku semua laki. Yang perempuan department lain balik-balik akan borak soal anak. 


Lama tak serius berTTC. DH asyik takde je. Menjadi-jadi kekerapan outstation dia. Pulak tu dah fix around fertile week je dia takde. Punah harapan. Sunyi. Tu yang bila dia takda aku pergi kerja-balik-pergi kerja lagi. Malam-malan syahdu rasa nak menangis je. Kalau ada anak, kan best. Takla kesunyian sangat. 



Pagi ni dapat berita one of my friend preggy lagi. Aku terdiam. Happy for her. Sungguh aku happy untuk dia. Tapi rasa sayu untuk diri sendiri tu memang tak boleh bendung la. Rasa loser diri sendiri tak mampu nak preggy. Tak lengkap sebagai seorang wanita. 



I should stop now. Rasa nak menitik pulak air mata. 


I miss DH.
I miss my own child. 
:(

Tuesday, 12 August 2014

hiatus.

selamat hari raya aldilfitri.


sepanjang sebulan berpuasa sehingga kini, aku sangat kurang memikirkan hal-hal TTC. dan honestly, hidup lebih tenang. kurang tertekan, tiada lagi air mata, hubungan suami isteri pun makin ehemmmmmmmm... ;p

in fact, masa period bulan puasa tempohari dan bulan ni, takde setitik pun air mata menitis macam bulan-bulan sebelumnya. tapi tipulah kalau cakap tak terfikir langsung, kan? doa tak pernah putus, harapan pun masih tinggi menggunung untuk dapat double line upt.


so, good luck. all the best to other TTCians. bulan ni DH akan outstation lagi during my fertile week. zero chances lagi la bulan ni. but who knows, kan? mana tahu Allah nak bagi rezeki bulan ni. Ameen..