Wednesday 4 February 2015

terkenang.

Lama tak menjengah blog. sibuk. ingatkan student tengah cuti sem dapat relax. tapi rupanya kerja bertimbun. satu belum siap, datang lagi.
dan mabuk aku masih belum hilang. antara faktor yang buat aku hampir lupa dengan blog ni.



baru lepas blog walking. menjengah ke satu persatu blog TTC. sempat juga baca blog dr adilah. dah baca pasal kelebihan Al-Fatihah tu? Ya Allah. menitik air mata aku baca. betapa kebergantungan kepada Tuhan tu lah yang mereka berTTC ni ada. apa lagi yang dapat diharapkan selain doa kepada yang maha esa setelah segala usaha dah dilakukan? aku pernah jadi pesakit dr adilah walau hanya sebentar. aku faham perasaan menunggu turn, suasana kat kawasan menunggu tu. muka-muka mereka yang teringin nak zuriat sendiri. perasaan lepas kena cucuk, kena IUI. perasaan lepas dapat call bahawa bhcg aku rendah - iui failed. aku ingat dengan jelas semua tu. benda yang aku tak rasa aku kuat untuk hadapi lagi.




baca blog TTCian yang lain..aku sayu. ye, sebab aku pernah lalui semua tu. 3 tahun. 3 tahun aku menunggu untuk merasa dapat double line. ye, ramai lagi yang mungkin menunggu lebih lama dari aku. Ya Allah, betapa tabahnya kalian. Tuhan takkan menduga mereka yang tak mampu.


biras aku- baru je kawen hujung tahun lepas. pregnant. disahkan hamil lebih kurang sama dengan aku. malah, due date pun hampir sama dengan aku. bunting pelamin kot. hmmmm. masa mula adik ipar aku nak kawen, aku dah ada perasaan sedih. aku tau, kalau perempuan normal, tak lama lagi tu lekat la. aku tak bersedia nak hadapinya, tapi nak taknak aku kena hadapi jugak.
kuasa tuhan, dengan izinNya aku pregnant. DH lah yang paling excited. aku tak bagi inform mak mertua awal-awal, tapi dia bagi tau jugak. and jawapan dari mak mertua - tahniah. dan aku terus tau yang biras aku pregnant gak. perasaan aku? entahlah. susah nak cakap. aku menangis rasanya. aku tetap ada rasa kecil hati bila tengok senangnya orang lain lekat. teruk perangai aku. hmm. sepatutnya aku tak perlu ada rasa tu sebab aku pun dah diberi rezeki ni dari Tuhan.
tapi.....
pengalaman TTC tu susah untuk aku buang. aku masih sayu bile tengok orang senang je lekat. lagi-lagi yang ada kaitan dengan aku, be it kawan baik atau sdara mara. lagi-lagi sejujurnya bila hubungan aku dengan keluarga mertua taklah terlalu mesra. aku terasa. sungguh. betapa anak lelakinya yang pertama kawen lambat beri cucu. yang baru kawen terus lekat.
ya, rezeki.
sedangkan aku terasa, sedih, sayu - apakan lagi yang masih berusaha. aku sangat faham perasaan tu. sungguh-sungguh aku doakan semua yang masih berusaha untuk merasai nikmat yang aku ada sekarang. pinjaman yang Tuhan berikan pada aku.


kawan aku. mudahnya mengandung. lepas dia tau aku pregnant, dia ada cakap die teringin nak tambah anak kedua. anak pertama dulu die bunting pelamin. kawen 2 tahun lewat dari aku, dan dah ada anak seorang. :) rezeki dia. lepas sebulan lebih dia cakap die teringin nak anak, aku dapat gambar very clear double line dari dia. period lewat dua hari. murah rezeki, kan? bila kata nak anak, usaha, dapat. aku ucap tahniah. aku dah boleh kawal perasaan. tapi hati aku masih ada rasa sayu. aku terkenang betapa ada yang mudahnya lekat. bezanya dengan golongan yang TTC.


Dugaan. semua ni dugaan yang tak semua orang mampu hadapi.
kepada TTCian, kawan aku yg masih TTC aku doa semoga kalian semua dapat berita positif. semoga semuanya selamat.
kalau masih tak berjaya, semua ada hikmahnya.



No comments:

Post a Comment