Tuesday 20 May 2014

lepas first IUI gagal...

kecewa. ya aku kecewa giler. sampai tahap aku rasa macam malas nak TTC lagi. aku tak setabah TTCians lain yang kalau aku baca agak tenang, menerima baik kegagalan usaha mereka. yes, aku negative. padahal ni baru first try aku. baru first iui.



mungkin bila first iui dah gagal, aku hilang keyakinan. aku terfikir adakah sampai bila-bila aku gagal? terpaksa menunggu bertahun-tahun lagi?



lepas stop duphaston, aku period selepas 2 hari. tak sabar-sabar period nak datang, kan. aku tak jumpa dr adilah lepas period tu, sebab DH akan outstation lebih sebulan lepas ni. in fact, semalam dia dah fly pun. so, memang bulan ni tiada usaha untuk TTC.

minggu lepas, masa last day period (CD 6), DH bawak aku gi holiday. bercuti di krabi je, untuk 4d3n. kali kedua ke krabi. masa DH ajak bercuti, aku baru 6dpiui. DH ajak holiday ni sebab dia akan outstation lama, so nak spend time ngan aku dulu. masa book tu aku cuak gak, sebab aku berharap akan lekat, so boleh ke naik flight semua tu. siap tekad dalam hati, andaikata lekat, aku nak pujuk DH cancel je trip. dah lah booked semua benda last minute adalah pricey. huhu. memang baby adalah priority utama aku.

dah tau je aku failed iui, aku memang teruja sangat dengan holiday ni. at least, dapat lupakan kejap kesedihan aku. and memang betul, masa holiday takde terfikir langsung tentang iui, tentang nak anak.


and now, bila DH takde aku dah start la rasa sedih balik. dok sorang tak berteman.

No comments:

Post a Comment