Friday 23 May 2014

blood test - AMH, thyroid function dan vitamin d

first time jumpa dr. adilah, aku kena buat 3 jenis blood test. AMH, vitamin D dan thyroid function test. untuk AMH and thyroid tu result aku normal. vitamin d test pula menunjukkan aku ada deficiency. honestly, baru hari tu aku tau yang kesemua test ni penting (untuk sesetengah orang) dalam rawatan infertility. selama ni aku ingatkan test progesterone/estrogen tu yang penting (tapi aku tak pernah buat pun test ni huhu). 




pelik-pelik nama test yang aku buat ni. so, as my reference later, aku ringkaskan kat sini seringkas-ringkasnya sebab aku bukan medical doctor pun untuk fahamkan secara mendalam segala anatomi fisiologi patofisiologi chemisty semua blood test ni. kot la ada yang google info pasal mende alah ni, harap leh dapat serba sikit maklumat dari perkongsian aku ni. 




Anti-Mullerian Hormone Test (AMH)



Basically, 


AMH blood levels are thought to reflect the size of the remaining egg supply - or "ovarian reserve”.

maksudnya, berdasarkan aras AMH ni la kite dapat tau berapa jumlah telur yang tinggal dalam ovari kite. sebab tu dinamakan juga ‘simpanan ovari’. 

takungan folikel (follicle pool) ni wujud sejak kita, kaum wanita ni dalam perut mak lagi. masa kita lahir, lebih kurang 1 juta oosit ada dalam ovari kite. tapi lama kelamaan, bulan berganti bulan, jumlah follcile pool ni akan menurun. bila kita dah baligh, lebih kurang 300 000 - 500 000 saja folikel yang tinggal. bila dah baligh, hormon dalam badan pun mula la activate. dengan meningkatnya aras hormon LH dalam badan (kan kalau buat test OPK measure level LH hormon, ingat tak?), telur yang dominant akan ovulate. aku suka panggil telur ovulate ni as telur yang menetas, haha. dan proses ni akan terus continue sampailah akhirnya follicle pool ni kering kontang, menyebabkan menopause.


  • setiap bulan (untuk wanita normal), telur akan keluar dari ovari. oleh itu, bila umur kita makin bertambah, makin sikitlah simpanan telur tu. fungsi reproduktif juga semakin menurun bila menua. jadi, is it expected that bacaan AMH akan semakin menurun dengan peningkatan usia. 


  • untuk mereka yang ada PCOS, iaitu those yang ada banyak folikel-folikel kecil comel, mereka akan ada value AMH yang tinggi (which is higher than normal range). ni disebabkan orang PCOS banyak sangat telur kecil yang tidak berjaya ovulate.


  • sebaliknya, mereka yang hampir dengan menopause, value AMH adalah rendah.




sebab tu masa first dr. adilah kata ovari aku kecik and aku perlu buat test ‘ovarian reserve’ benda yang bermain dalam fikiran aku adalah aku menghampiri stage pre-menopause. gile tak sedih, kan. umur baru 28, belum sampai 5 tahun kawen dan nak menopause. kalau nak menopause kang dibuatnya laki carik lain macam mane? phew, exaggerate. mintak simpang. 



  • obesiti boleh menyebabkan simpanan ovari berkurang. tapi, obesiti juga sering dilihat sebagai punca kepada pcos. so, lets fight obesity!!!



untuk pembacaan yang lebih details boleh baca article by Visser et al. 2006 dan Broer et al. 2014. 

atau boleh rujuk link ni untuk pembacaan yang lebih sempoi:





Thyroid function test


test ni sesuai dilakukan pada mereka yang mungkin mengalami ovulatory dysfunction, dan bukanlah routine measurement dalam kes infertility. so jangan pelik kenapa tak semua doktor/patient suruh/kena buat test ni. kes aku, mungkin aku kena buat test ni sebab saiz ovari aku yang nampak comel dari normal. 


tiroid ni adalah kelenjar kat leher yang merembeskan hormon yang berperanan untuk mengawalatur pertumbuhan dan perkembangan badan, berdasarkan kadar metabolisme. 







masa first jumpa dr. adilah dia ada suruh aku selak tudung and telan air liur. tujuannya untuk tengok fungsi tiroid aku. 

so apa kaitan tiroid dengan infertility?


  • disebakan tiroid ni bertanggungjawab untuk metabolisme setiap sel dalam badan, apabila berlaku gangguan pada fungsi tiroid - samada hypothroidism (low thyroid function) atau hyperthyroidism (high thyroid function) - maka akan berlaku ketidakseimbangan bada ovari. 


  • ovari adalah amat sensitif dengan sebarang perubahan pada aras tiroid, so walaupun hanya sedikit penurunan pada aras tiroid ni akan adversely affect ovarian function.


  • low thyroid hormone akan mengganggu pengeluaran telur dari ovari, so ovulation tak dapat berlaku, maka infertile lah seseorang wanita itu. 



haih la hormon. bila tengah TTC ni kena jaga belai hormon dengan penuh kasih sayang.


  • oleh itu, kesimpulan ringkas yang aku boleh buat - JAGA HORMON! macam mana nak jaga hormon? jaga berat badan. jaga emosi. jaga makan. pusing-pusing benda sama, kan?



source:



Vitamin D


aku sedia maklum, nak dapatkan vitamin D ni sumbernya adalah daripada cahaya matahari pagi. about pukul 9-11 pagi tu just nice la untuk exercise kat luar rumah untuk dapatkan sunlight exposure ni. masalahnya, jam-jam ni la waktu sedap tidur kalau tak kerja. kalau kerja lak, harapan nak berpanas macam tu, cair make up. huhu. 




tapi rupa-rupanya, kajian di barat menunjukkan bahawa, exposure kepada cahaya matahari ni, boost up fertility in both men and woman!!! dengan cara meningkatkan aras vitamin d. 


aku quote dari website yang aku baca ni:


As the researchers reported in the European Journal of Endocrinology:
Among women, vitamin D appears to impact in vitro fertilization (IVF) outcomes, endometriosis, polycystic ovary syndrome (PCOS), the most common female endocrine disorder, as well as boost levels of progesterone and estrogen, which regulate menstrual cycles and improve the likelihood of successful conception
In men, vitamin D is essential for the healthy development of the nucleus of the sperm cell, and helps maintain semen quality and sperm count. Vitamin D also increases levels of testosterone, which may boost libido
The researchers state:
“Given the high prevalence of infertility as well as vitamin D insufficiency in otherwise healthy young women and men and the possible role of vitamin D in human reproduction, research might lead to new therapeutic approaches such as vitamin D supplementation in the treatment of female and male reproductive disorders.”

aku betul-betul baru tau ada kaitan rupanya vitamin d dengan tahap kesuburan. pulak tu dalam semua test, ujian vitamin d ni la menunjukkan bahawa aku deficiency. cara untuk tingkatkan aras vitamin d selain daripada sunlight exposure adalah pemakanan. but then, kandungan vitamin d dalam makanan tak tinggi. antara food source adalah fortified cereal/grain and dairy product. paling senang, amek supplement multi vitamin and vitamin d.






till then. penat la type.

No comments:

Post a Comment