Tuesday 22 April 2014

kronologi sebelum IUI bersama Dr Adilah Ahmat

lama tinggal blog lepas update pertemuan pertama kali dengan dr adilah. huhu. mood agak swing for few days, but now alhamdulillah. aku dah dapat lihat keindahan, hikmah disebalik perjalanan ttc ni. sebelum lupa, let me jot down semua follow up dengan dr adilah yang lemah lembut ni. 



16 april 2014, day 8

follow up untuk tengok perkembangan saiz telur, after 100 mg of clomid. belah kanan doktor nampak ada 4 biji telur yang saiz sederhana - paling besar about 10 mm, belah kiri semua small. doktor kata nampak macam good response with clomid. aku pun happy gak sebab last year with 100 mg clomid pun tak response secepat ni.

so doktor suruh amek injection lak. aku dapat humog 75 iu untuk 3 hari, bermula day 8, 9 10. doktor bagi low dose je dulu untuk tengok response telur. if tak cukup besar, baru tambah dose. 

untuk injection ni aku inject sendiri je la. pharmacist yang ajar teknik untuk inject, and untuk hari tu pharmacist tu yang injectkan. 


untuk result blood test yang aku buat masa day 2: thyroid function - normal, vitamin d - deficiency, amh - tak dapat lagi. memandangkan vitamin d aku memang low, memang nampak la kat situ aku ada  masalah kesuburan. doktor prescribe vitamin d, and suruh gak aku makan multivitamin sebab tak mustahil other vitamin pun aku kekurangan. baiklah doktor. aku janji pada diri sendiri tak skip amek multivitamin hihi. 


kos: rm 450.20 
admin fee: rm 5
medical & surgical supplies: rm 7.20
medication: rm 228
consultation : rm 105
tvs: rm 105



18 april 2014, day 10

jumpa doktor je terus buat tvs untuk monitor response telur-telur aku terhadap humog. lining aku masih belum tebal, normal for day 10. alhamdulillah, aku boleh tersenyum bila nampak jelas telur-telur yang dah sedang-sedang saiznye. 

kanan: ada 4 biji, size within 11 - 13 mm
kiri: 3 biji, size within 11 - 12 mm

memandangkan total ada lebih kurang 7 biji telur, doktor adilah suruh stop injection. no need untuk tambah dose sebab dia taknak jumlah telur yang makin membesar bertambah. its not good katanya. doktor harapkan agar 3 telur yang paling besar tu je menggemok dengan jayanya.


kos: rm 215
admin fee: rm 5
consultation : rm 105
tvs: rm 105



22 april 2014, day 14 (hari ni)

tvs lagi. kalau dulu sebelum start any treatment rasa takut, malu, sakit untuk tvs - sekarang tidak lagi. relax je. huhu. dah banyak kali sangat rasanya kena scan lalu bawah ni. :(

mula-mula doktor tengok lining (ketebalan dinding). doktor kata good. ketebalan bagus, and laluan faraj (kot, aku tak berapa ingat laluan apa) dah mula terbentuk. macam dah boleh iui ni, doktor kata. 
now tengok telur pulak;

kanan: ada 2 besar, 1 sederhana. yang paling besar size 21.3 mm. yang lain tu 17 & 18 mm.
kiri: ada 1 besar, 1 sederhana. 19 mm & 16 mm. 

aku happy. alhamdulillah. macam kelakar je bila ttc ni benda yang nampak kecil bagi sesetengah orang boleh light up hari aku. haha. telur besar pun senyum lebar je. 

untuk tentukan samada aku akan iui keesokan hari atau lusa, aku kena buat blood test. check LH hormone untuk tengok how high surge LH tu. result blood test dapat dalam 1-2 jam sahaja.

so aku turun bawah, amek blood test and lepak je kat lobi untuk 1jam setengah. mulanya nak lepak starbucks, tapi kitorang laki bini masih kenyang breakfast nasi lemak and hot & roll. haa aku suka hospital pantai ni sebab ada hot & roll. hihi. setiap kali pergi nak menyinggah. 


lepas sejam setengah, ida call suruh naik atas balik sebab result dah keluar. sebelum tu, pergi farmasi dulu untuk beli ovidrel, another injection untuk pecahkan telur. 

settle semua urusan, naik jumpa ida and ida explain yang aku kena iui lusa, 24 april 2014, pukul 10 pagi (day 16). so malam ni aku kena inject pukul 10 pm. ovidrel ni akan pecahkan telur aku within 36 hours. result blood test LH tu aku tak tengok pun. huhu, sekarang baru curious berapa lah value tu. takpela, sedapkan hati, aku percaya dengan kepakaran dr adilah. 


kos: rm 453.15
admin fee: rm 5
medication: rm 168.15
blood testL rm 70
consultation : rm 105
tvs: rm 105



---




hmm. lusa iui. DH excited. aku nervous. aku tau dia berharap sangat. aku takut nak letak harapan sebenarnya.

No comments:

Post a Comment