Friday 25 April 2014

pengalaman pertama IUI dengan dr adilah

semalam, 24 april 2014 aku dah selamat buat iui, iaitu proses masukkan sperm melalui kateter. iui ni mungkin meningkatkan sedikit peluang untuk hamil sebab:


  • sperm yang dimasukkan melalui kateter dah dipilih / post wash, so kebiasaannya sperm yang insert tu adalah yang excellent. 
  • sperm di inject masuk paling hampir dengan ovum
  • pengambilan ubat kesuburan / injection before iui untuk mematangkan ovum


so far kalau melalui pembacaan aku kat blog ttc malaysia, ramai yang gagal dengan iui. hmmm. tapi kita cuba je la, kalau Allah izinkan, mungkin rezeki aku ada. 


semalam, pagi dalam 7.30 aku ngan DH dah sampai hospital pantai. lepak kejap kat lobi, dalam jam 7.50 baru naik ke blok c, tingkat 2 iaitu ivf centre. tapi masa sampai tu ada problem sikit which is lab ivf masih belum buka, so lepak dulu kat lounge ward ivf tu. ward ivf ni nampak selesa, cantik, tapi dalam masa yang sama aku rasa scary pulak dengan prosedur ivf. macam very the serious. huhu. dalam pukul 8.20, kitorang dah dipanggil masuk untuk proses DH mengeluarkan askar-askar beliau. 

sekalinya, embryologist (aku bahasakan die T je la ye) tu adalah kenalan aku. haih. aku pernah beberapa kali juga kerja dengan si T ni. masa time kerja dengan dia tu rapat gak sebab banyak benda dia kena tolong aku. aku sebolehnya taknak orang yang aku kenal tau tentang isu infertility kitorang. entahlah, aku kan sekarang dalam fasa isolasi. huhu. tapi si T ni ok je. orangnya soft spoken. aku pernah tengok cara dia bekerja, so aku yakin la dia memang cekap dalam bab-bab lab ni, lagi-lagi master project dia pun berkisar semen analysis gak. 


DH diberi satu bilik yang agak selesa, siap ada toilet untuk keluarkan semen thru masturbation. aku mula-mula kat rumah cakap kat DH nak join masuk, hahahahha, tapi da sampai sana, sebab ada si T ni aku tak jadi la masuk. segan lak. so aku tunggu je la kat luar. selesai semua, pass bekas berisi semen tu kat T, and kitorang pun turun makan. 


pukul 9 am, aku kena kosongkan bladder. lepas tu disuruh minum 4 gelas air untuk penuhkan kembali bladder tu. sampai rasa nak termuntah aku minum air tu. kembung perut. pukul 9.40, naik tingkat 4, register, dan inform ida tentang iui aku pukul 10 pagi tu. sebelum pukul 10, aku dah rasa nak terkucil yang amat. 


dalam 10.05 am, aku dipanggil masuk bilik dr adilah. masuk-masuk je doktor suruh terus baring and ready untuk iui. aku terdengar juga DH tanya pasal sperm dia, and doktor jawab everything excellent. doktor adilah nampak sangat busy waktu tu, so dia tak banyak sangat explain result sperm tu. 


bila aku dah ready, doktor mulakan dengan scan perut aku. so doktor nampak belah kiri dah keruh menandakan dah/bakal ovulate, sementara belah kanan masih gelap menandakan belum ovulate lagi. pastu doktor amek satu alat plastik yang bentuk macam muncung itik (serious nampak scary benda ni), and doctor insert kat vagina. eh, langsung tak sakit. pro betul doktor adilah ni. kalau ikut logik aku, masuk benda besar macam tu, sure sakit kan. pastu doktor insert kateter. first kateter tak berjaya masuk. doktor kata susah sikit nak masukkan kateter tu ke dalam rahim aku. doktor cuba kali kedua, doktor bengkokkan sikit kateter tu (doktor cakap, kena ada seni nak masukkan benda ni), and cantik je masuk ke dalam. terasa senak sikit tapi tak sakit pun. ok je. pastu doktor panggil DH masuk. dia tunjuk kat kami mana rahim dan laluan sperm tu. doktor suruh selawat dan baca bismillah, and doktor insert sperm melalui kateter. clear nampak seolah-olah sperm tu berenang-renang. ya Allah, aku perasan mulut husband terkumat-kamit berzikir. hihi. aku pun, sepanjang prosedur tak lekang dengan zikir 'ya musawwir'. 

selesai insert, doktor keluarkan kembali kateter. no back flow, alhamdulillah. ada sikit je pendarahan, sebab susah sikit nak masuk yang kali pertama tu.


selesai iui, boleh terus bangun. tak perlu baring macam yang biasa aku baca pada pengalaman orang lain. doktor cakap lepas ni nak shopping pun boleh. tapi 4 hari lepas ni kena bed rest for 2 days at least. doktor suruh makan ubat duphaston untuk kuatkan rahim bermula lusa, 3 kali sehari selama 15 hari untuk kuatkan rahim. pada 7 may 2014 aku kena datang untuk cek darah (bHcg) untuk tau samada pregnant atau tau. kalau preggy kena teruskan makan duphaston, if negative kena stop makan ubat.



alhamdulillah, prosedur iui ni sangat selesa, mudah, tak menyakitkan dan memberi sinar harapan. tak banyak sangat sembang dengan doktor adilah hari ni, sebab doktor sangat sibuk. patient ramai, pukul 12 tu pun ada orang lain yang akan iui. berdasarkan pengamatan aku, in medically everything nampak bagus. post wash sperm excellent, ketebalan dinding rahim aku cantik, ada 3 telur matang, kedudukan semuanya pun bagus. semuanya ketentuan Allah. sekiranya ada rezeki, maka adalah. if takde, kami redha. 



oh ye. result AMH aku dah keluar. alhamdulillah, normal ovarian reserve. aku sangat-sangat lega dan bersyukur. syukur ya Allah. 



so kos hari ni: 
RM 566.30
admin fee: rm 5
ivf services: rm 400
medical & surgical supplies: rm 6.50
medication: rm 154.80



1 comment:

  1. Going to graduate school was a positive decision for me. I enjoyed the coursework, the presentations, the fellow students, and the professors. And since my company reimbursed 100% of the tuition, the only cost that I had to pay on my own was for books and supplies. Otherwise, I received a free master’s degree. All that I had to invest was my time. judi online

    ReplyDelete