Wednesday 16 April 2014

step pertama iui dengan dr adilah ahmat

disember 2013 menyaksikan aku failed 3rd cycle clomid, 200 mg. dengan dose yang sangat tinggi pun aku belum dizinkan untuk pregnant. kalau ikutkan Dr N kat Umra, aku disarankan buat iui terus lepas ni. kos dengan doktor ni lebih kurang 1.5-1.8 k. tapi aku ngan DH decide untuk stop kejap any treatment.



kumpul kekuatan diri.
kumpul semangat.
kumpul duit. 



and we decide taknak continue dengan Dr N ni. simply sebab kalau boleh nak cari doktor perempuan. and yang menambat hatiku adalah dr adilah kat pantai hospital kl.


--

9 april 2014 : first day period. call ida (nurse dr adila) untuk buat appoinment keesokan harinya. 
ida's contact: 03-2296 0733 / 0734/ 0735


10 april 2014: day 2 period.pukul 6.45 am lagi aku ngan DH dah bertolak dari shah alam. dapat parking semua dalam pukul 7.45. naik tingkat 4, blok b. takde sapa kat kaunter so aku nampak ada nombor and form, terus je amek and isi. sampai awal pun aku dapat turn no 3. proaktif patient dr adilah ni. hihi. tak lama lepas tu ada nurse datang, pass form kat nurse tu and kitorang turun makan.


lepas makan naik atas balik, and tak lama lepas tu turn aku. berdebar. aku memang letak high expectation kat dr adilah ni sebab banyak review best. hihi.


and for us, memang dia best pun. lembut je tutur kata. sampai aku pun terikut ala lembut. haha.

mula-mula cerita semua tentang perjalanan ttc kami. start dari tarikh kawen, semua treatment yang aku dah buat. dr adilah terkejut aku pernah kena makan clomid 200 mg, bd (2 tablet pagi + 2 tablet malam) sebab katanya maksimum dose clomid hanya 100 mg untuk berat badan kurang 90 kg. berat aku baru 55 kg. pastu katanya lagi kalau makan different time, otak kita pun confuse untuk terima maklumat. something like that la. haaaa mulalah aku tak sedap hati dah time ni. 


dr adilah review result sperm test DH. aku bawak dua result. masa mac 2013, DH ada buat sperm test kat pathlab. and baru-baru ni 8 mac 2014 buat lagi semen analysis kat damai specialist, kl. aku syukur sangat dapat laki yang ada alternatif sendiri untuk check askar-askar dia tanpa disuruh. yang kat damai hospital tu DH beli offer from groupon je. dr adilah cuma nak tengok result from damai hospital je, sebab katanya method dari damai tu lebih accurate. and dr adilah puas hati dengan sperm DH. katanya everything seems good.



dr adilah review result hsg yang aku buat kat kpj selangor masa mac 2013. pengalaman hsg aku ada kat entri INI. pheww ngam-ngam setahun baru aku cari second opinion. both tubes ok, cecair mengalir lancar. everything good. tapi dr adilah ada mention, the best place untuk buat hsg adalah kat hospital tawakal sebab lebih details. aku risau je kot la kena ulang hsg. nasib baik lah tak perlu.



TVS pulak. 
  • check uterus. eveything good. anti verted, anti flexed, size normal
  • endometrium, normal lining. ketebalan pun normal.
  • no cyst.
  • doktor nampak ada small polyp kat pangkal serviks. aku dah nak nangis masa ni. dah terfikir kanser la ape la. tapi doktor takde cakap banyak pasal polyp ni. dia cuma kata its normal and should be ok
  • macam ada sedikit bukaan dari laluan serviks ke rahim. doktor tanya aku pernah bleeding tak in between period. tak pernah la pulak. ya Allah. risaunya aku. kenapa macam-macam pulak kali ni. doktor kata sepatutnya time period takde bukaan tu. but its ok, we'll see then, katanya. 
  • move to ovaries. left ovary terletak di tempat yang sepatutnya. right ovaries pun elok je kat tempat sepatutnya. alhamdulillah, aku lega.
  • tetiba dr adilah cakap; eh, but let me measure your ovary size. hmmmmmm. you have small ovary. both ovary only about 2.1 and 2.2 cm. normal is at least 2.5 cm for you age....
  • ...and your follicles also small.
  • so, i tulis kat sini 'small ovaries few follicles'. - yang aku italic tu semua dialog dr adilah. 

perasaan aku dah berbaur-baur dah. dah kenapa tiba-tiba macam-macam hal pulak dengan keadaan rahim aku. lepas tvs, dr adilah cuma sentuh pasal saiz ovary aku. katanya untuk umur aku (28 tahun), saiz ovari aku sangat kecik. ini menyebabkan tak banyak telur dapat aku hasilkan. kilang telur kecik. kalau orang umur aku boleh hasilkan dalam 30-40 biji telur dalam satu masa, keupayaan aku hanyalah dalam 5 biji telur.



sumpah. aku dah nak nangis sangat. dalam hati dah terdetik, aku ni dah macam orang nak menopause je. sedih sangat.



dr adilah suruh aku buat blood test. anti mullerian test (untuk tengok keupayaan penghasilan telur oleh ovari), vitamin d test (aku baru tau yang vitamin d ni penting untuk kesuburan rupanya) and tiroid function test. doktor bagi option untuk makan clomid sahaja cycle ni or clomid with injection. DH opt untuk clomid with injection je. one shot terus this cycle (sebenarnya kalau boleh kami nak minimize cost. sebelum ni dah 3 kali clomid failed, kan. so kali ni buatlah semua all out). 


doktor bagi clomid 100 mg untuk aku makan dari day 3-8. masa day 8 datang follow up. 



done. 



keluar biik doktor. jumpa ida and set appoinment untuk day 8. bayar bill. pergi lab bawah amek darah. ke farmasi amek clomid.




kos: rm 1005
ye, kami laki bini tergamam kejap. nasib baik memang ada withdraw 1k. kitorang takde credit card. aku pulak tak kerja, memang sangat terasa macam membebankan suami. DH positif, katanya takpela, duit boleh dicari. usaha untuk anak ni penting. kat situ juga air mata nak mengalir dah. -drama.sebentar.

pecahan kos: 
admin charge: rm 10
laboratory investigation: rm 534
medication: rm 41
consultation & assessment - 1st consult (complex): rm 235
consultation & assessment - 1st consult (simple): rm 80
TVS: rm 105


p/s: harga kat pantai hospital dah revised since 15 mac. 





--


balik rumah, aku memang diam je. sedih. terkejut. denial. 
DH cuma amek half day leave untuk pagi tu. sebelum dia pergi kerja after lunch tu, sempat dia peluk aku cakap jangan sedih. semua ni ada hikmahnya. jangan risau pasal ovari tu since every month pun jumpa ovulation, kan. jangan risau pasal duit, semua tu boleh dicari. kita usaha selagi mampu. 

DH keluar rumah je, bercucuran air mata aku.

aku takut
aku takut
aku takut

aku google pasal 'ovari kecil', langsung tak jumpa any info berkaitan
google pasal 'small ovary' - ya Allah, hampir semua info melemahkan semangat aku. kes aku ni mungkin berkait rapat dengan 'diminished ovarian reserve' atau lagi senang nak faham state pre-menopause. chances nak conceive naturally memang rendah. kebanyakan orang dengan masalah ni tak ovulate. untuk sedapkan hati aku, aku cakap pada diri sendiri yang aku memang ovulate every month (based on OPK and simptom cramp yang aku rasa). tapi jumpa pulak thread yang cakap positive LH surge masa OPK tu tak semestinya ovulate. wth??? aku sangat-sangat down.


aku sedih kalau aku tak mampu nak bagi zuriat untuk suami. tak mampu beri cucu pada ibu ayah aku.



yes. masa ni aku dalam fasa denial and isolation. aku taknak jumpa sesiapa. aku rasa stress bukak facebook masing-masing tayang gambar anak.


aku rindu nak solat. tapi aku period. cuma baring dalam gelap. tido.



...nanti aku sambung lagi. 



No comments:

Post a Comment