Thursday 10 April 2014

mula ttc secara serius. tvs dan hsg

kronologi TTC yang aku dah lakukan:


2012

januari 2012: tie the knot. kawen dengan insan tercinta, DH. 

ogos 2012: dah mula tertanya-tanya kenapa aku tak pregnant lagi. kawan yang saing-saing kawen perut dah mula besar.

november 2012: mula cocentrate untuk kira tarikh subur. gandakan usaha masa time subur. sepanjang tahun 2012 ni, period aku masih cantik sama macam zaman bujang. cycle day within 27-29 hari setiap bulan, period length 5-7 hari. 


2013

februari 2013: pergi try berurut dengan seorang bidan ni. bidan ni tekan-tekan perut, kata rahim aku jauh. suruh datang lagi untuk berurut on next period.

mac 2013: bulan ni bertindak agresif sikit dengan macam-macam examination aku start buat.

  • DH dengan pro-aktif nye tawarkan diri untuk buat sperm test. kami ke pathlab klang untuk buat test ni. hanya RM 50 untuk semen analysis. result dapat the next day. Result: motility a bit rendah, tapi yang lain semua excellent. DH very positive, and quit smoking. 

  • aku ke klinik biasa untuk cek keadaan rahim. doktor tu buat ultrasound je. nampak keadaan rahim cantik. suruh aku jumpa pakar fertility masa day 2 period.

  • so masa day 2 period aku set appointment di hospital umra shah alam dengan doktor N, infertility expert. the reason why aku buat kat Umra sebab doktor tu punye session adalah every tuesday, thursday, saturday petang. petang, so sangat senang lah untuk DH join sekali lepas habis office hour. sebab kedua adalah financial. kat shah alam hospital paling famous adalah DEMC dengan doktor zamri, tapi kewangan kitorang time tu tak cukup stable. oh ye, aku adalah seorang student waktu ni, mengharap sikit-sikit duit biasiswa je. DH's company insurance tak cover hal ehwal fertility ni. 

          doktor amek semua medical history. review result sperm test and dia puas hati. the motility tu bukan main issue katanya sebab borderline je. aku kena buat tvs dalam keadaan period tu. euw. the good part kat sini adalah even doktor tu laki, yang masukkan alat untuk tvs dalam vagina adalah nurse perempuan. jadi kat sini sepanjang aku check up dengan doktor ni memang takdelah pernah sekali pun die nampak tuut aku. doktor kata keadaan rahim perfect, ketebalan dinding perfect, no cyst, everything seems good and i am fertile! phewwww. aku dah lega sangat waktu ni.

         doktor refer untuk aku buat hsg lepas period clear within day 9 - 13. doktor positif aku tak perlu buat blood test untuk hormon sebab everything seems good. suruh aku makan asid folic. DH dapat due jenis ubat (tak silap aku multivitamin) untuk sperm and motility. Kos: RM 220 (professional consultant rm 60, tvs rm 60, medication rm 90, referral letter rm 10). For me harga ni very reasonable. 


  • end of the month, aku dapat set appoinment untuk HSG kat KPJ Selangor. Kat Shah Alam, seksyen 20. actually nak buat kat KPJ Tawakal sebab ramai suggest kat sana tapi fully book untuk date yang aku nak. HSG ni aku buat on cycle day 10.

         pengalaman HSG aku? aku pergi sorang je waktu tu sebab DH ada important meeting. aku dapat sesi petang, pukul 2.30 pm. sampai-sampai KPJ terus ke bahagian radiologi, register and waiting nervously for a while. tunggu dalam 10-15 minit camtu, dipanggil masuk dalam bilik prosedur, tukar baju x-ray and diminta baring. time ni aku banyak berzikir je kerana sesungguhnya aku takut. doktor yang buat ni Dr Darlina, lembut je, tapi tak banyak cakap. dia terangkan secara ringkas apa yang dia akan buat. suruh aku bertenang, dan tarik nafas, tetiba je speculum tu semua dah selamat masuk. pheww. time ni tak sakit langsung. sorry aku tak pandai nak terangkan details and complete sebab dah lama. kena google lah untuk dapatkan details ape benda yang doktor tu masukkan. doktor tu cakap, 'ok good dah masuk. lepas ni i nak inject dye, mungkin akan ada rasa senak sikit. jangan angkat punggung'. ada nurse sorang pegang lutut aku, and bila doktor tu inject je dye tu...phewwwww sakit! aku dah start mengerang kecik and tiba-tiba air mata mengalir. bagi aku sakit. nurse tu pegang lutut and tangan aku. aku kena mengiring kiri kanan untuk tangkap gambar xray tu and settle. 

       sakit tu kejap je la. masa time inject dye tu je sakit and senak sampai nangis. haha. dont worry much, sakit nak beranak tu sure berganda-ganda dari sakit hsg ni. lepas settle hsg ni ok je aku boleh drive sendiri semua. Kos HSG kat kpj selangor: RM 220. 

        result hsg aku: normal uterine configuration. contrast seen outlining both fallopian tubes. both tubes are of normal calibre. free peritoneal seen bilaterally. impression: normal study.

alhamdulillah. ini menunjukkan tube aku berfungsi dengan baik. 



uterus check. tube check. DH's sperm check. 



NEXT?


aku sambung nanti...

No comments:

Post a Comment