Tuesday 15 April 2014

trying to conceive di hospital umra shah alam

kat SINI aku dah cerita langkah awal aku mula serius untuk TTC.



so..lepas tahu yang uterus aku ok, tube pun ok tak tersumbat aku memang lega gila. pada aku,
mungkin rezeki belum sampai
tuhan nak bagi peluang aku ngan DH honeymoon dulu
tuhan nak bagi peluang aku ngan DH stabilkan kewangan family dulu
tuhan nak aku habis belajar dulu
pendek kata aku percaya rezeki belum sampai



dari mac 2013 sampailah ke september 2013 aku tak gi klinik da. ape yang aku buat sepanjang 6 bulan ni:

  • aku pergi rawatan homeopati dr radziah kat seksyen 7 shah alam. aku ngan DH makan ubat homeopati ni for 2 cycle. doktor ni suruh pantang durian, kafein, merokok, asam, jeruk. so sepanjang waktu ni memang jaga makan. tapi dua-dua tak berjaya. kos each visit: rm 120
  • 3 cycle aku buat OPK. dan tiap-tiap bulan aku ovulate walau lambat. oh ye, time ni period aku macam dingdong sikit, ade satu bulan tu sampai 41 hari cycle aku. average dalam 33 hari la. 
  • aku beli termometer gak, tapi aku tak konsisten. macam makin stress lak buat BBT ni so aku stop.
  • aku makan jugak kurma blend dengan susu kambing, minum susu kambing every morning, pati delima gulsan, kismis, buah zuriat tu pun aku minum gak 1 cycle, bila teringat aku makan madu gak.
  • semua tak berjaya
  • aku sedih

so, aku rasa kena start treatment balik lah. umur da bertambah, aku ngan DH pulak dah nak sangat sangat sangat anak.


oktober 2013: aku ke klinik soraya kat seksyen 3 shah alam. kawan aku recommend. pergi jumpe doktor and cerita problem. doktor bagi clomid 50 mg, makan day 2-6. berkobar-kobar time ni.every night aku konsisten makan clomid. kos : rm 35

tapi fail. aku period ngam-ngam day 28.


november 2013: aku pergi balik klinik soraya tu. kali ni doktor bagi clomid 100 mg pulak. sekali makan 2 biji clomid sekali, day 2-6. kos: rm 60

disebabkan klinik soraya ni takde equipment untuk tvs, aku pun patah balik ke hospital umra untuk follow up. yela, dah 100 mg clomid kot, mesti nak kena follow up macam mana keadaan telur aku.

masa day 10, aku ke umra, jumpa balik dr N. tapi sedihnya, telur aku tak besar pun. ada satu je kat belah kiri, saiz 8 mm. doktor suruh datang balik next week masa day 17. part ni aku lemah sikit buat kat umra sebab doktornya adalah visiting doktor. bukan hari-hari ada. nak jumpa day 14/15 dia takde pulak. kos: rm 100.

day 17 aku gi umra balik. nampak ada 2 telur kecik. pastu doktor nampak macam ada 2 ruptured sac. doktor buat conclusion aku dah ovulate. dalam tempoh tu memang ada BD, so agak berharap gak lah. doktor kata kalau failed gak cycle ni, datang amek ubat lagi kat umra. doktor prescribe siap-siap dah. kos: rm 100. 


menunggu penuh debar. tapi period ku muncul gak. ngam-ngam at day 28.

sedih.


disember 2013: so masa day 1 period aku gi umra amek ubat je kat farmasi. doktor bagi clomid 200 mg (makan 2 biji pagi and 2 biji malam), and progynova untuk tebalkan rahim. kos: rm 140

day 13 aku follow up. belah kiri ada sebiji 15 mm, belah kanan ada sebiji 14 mm.
nampak tak kat situ betapa sikitnya telur aku? lepas clomid high dose pun only 2 telur je!!! idokla besar mana lak tu. huhuuu.
so doktor predict aku akan ovulate lagi few days. doktor bagi aku 4 set OPK suruh test sendiri. kalau tak ovulate gak, kena datang lagi masa day 17. kos: rm 130

aku start buat opk masa cd 14 lagi.
cd 14 - negative
cd 15 - negative
cd 16 - positive. yeayyyyyyyyyy!
cd 17 - negative

dah dapat positive tu memang excited lah. mengharap kepada 2 telur yg ada tu, usahalah kami sungguh-sungguh. 






tapi.....

akhirnya aku period gak. on day 30. ngam-ngam 14 day past ovulation



--

sedih memang sedih. teruk aku nangis masa period. aku tak faham kenapa bila everything seems ok, then aku still tak lekat.

aku kesian kat DH. kat family aku. aku anak sulung. mak ayah makin tua. masih belum bercucu. even masa buat entry ni pun bergenang je air mata aku.



hmmmm.



so kesimpulannya usaha sepanjang tahun 2013 gagal.

next entry aku cerita lak experience aku tahun ni. TTC tahun 2014 yang baru bermula. moga ada sinar harapan.



ya Allah. hanya padaMu ku berharap. 


No comments:

Post a Comment